Sungguh mengecewakan!
Baru-baru kisah ganyang Malaysia skrg menjadi-jadi. Sebagai orang malaysia yang mempunyai perasaan cinta akan negara, sungguh memilukan negara jiran kita sendiri yang mahu menyerang Malaysia. Kisah Mahonara, tarian pandet, batik dan lain-lain, semuanya dijadikan sebahagian orang Indonesia untuk menyerang negara Malaysia. Pelbagai demostrasi, tunjuk perasaan dan rusuhan telah berlaku terutama di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia di tunjuk oleh sebahagian orang Indonesia atas dasar ketidakpuashatian mereka terhadap negara aku ini.
ganyang Malaysia |
Atas dasar ketidakpuashatian sebahagian rakyat Indonesia, bertindak dengan propaganda mereka "Sweeping Orang Malaysia" atau lebih dikenali sebagai "buluh runcing", iaitu mengusir orang Malaysia dari Indonesia terutama mahasiswa kita yang menuntut di sana. Mereka tak sedar pulakkan, berapa banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara mereka yang mencari rezeki dalam Malaysia, tidak pernah pulak kita mengusir PATI ini dari Malaysia.
buluh runcing @ Sweeping Orang Malaysia |
Baru-baru ini Malaysia menyambut kemerdekaan kali ke-53. Kita menyambut dengan cara sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan. tetapi sunggu menyedihkan, di Jakarta, mereka masih menunjuk perasaan dengan bertindak membakar bendera Malaysia dan membuang najis ke arah kedutaan Malaysia di sana. agak2 la kan, bulan Ramadhan kowt!
Jalur Gemilang di bakar di Indonesia |
Aku bukan nak menggunakan blog ini sebagai platform untuk menghasut atau nak meluahkan perasaan semata-mata, tapi nak membuka mata kedua-dua belah pihak, kita ini hidup berjiran. ramai jugak orang Indonesia datang ke Malaysia secara sah dan tak sah untuk mencari rezeki di sini, tidak pernah pula kita menghalau mereka balik Indonesia. Kita ini negara Islam, seharusnya kita menyelesaikan masalah secara aman berdasarkan ajaran Islam. Kita banyak kali dah cuba berlembut dengan Indonesia, tetapi negara kita dipijak2 macam tu sahaja. Cukuplah Malaysia kehilangan Singapura dek kerana Malay-Sino Riot, cukuplah peristiwa berdarah 13 May yang memusuhkan cina dan melayu, cukuplah rusuhan Hindraf menyebabkan huru-hara di Malaysia.
No comments:
Post a Comment