Friday, February 28, 2014

Pasar Malam

Pasar Malam-- LRT Jelatek, KL

Dulu, zaman sekolah, sini tempat paling 'havoc' bagi aku. Setiap minggu, aku akan simpan duit belanja sekolah, sampai hari Jumaat, aku ber'window shopping'-- di pasar malam ini.

Ya, itu waktu zaman aku bersekolah, kira-kira 7 tahun yang lalu.

Habis persekolahan, aku dah tak jejak kaki lagi di sini, dek kerana merantau menyambung pelajaran.

Hari ini, isu barang naik menjadi persoalan, menyinggah di bibir-bibir setiap rakyat Malaysia.  Tapi aku kagum dengan pasar malam di sini.
Harga secawan air-- masih RM1.
Seketul ayam goreng-- sama, RM3.
Apam balik-- RM0.50 satu.

Aku terkejut, jika dibandingkan sewaktu di Arau dan Shah Alam, jauh beza. Harga dia tetap sama seperti waktu aku tinggalkan tempat ini. Siapa cakap KL semua mahal?

Tapi ada satu lagi yang masih sama, ya, tong sampah masih kurang.

No comments:

Post a Comment