Wednesday, September 21, 2011

Cepatnya masa berlalu

Sedar tak sedar, masa berlalu pergi begitu pantas. Kawan saya, yang pernah hampir ada "in relationship" dengan saya suatu ketika dahulu, kini sudah bertunang! Woh! Saya bila lagi ek? Haha, saya semakin hari semakin ramai orang benci adalah.. Apa-apa pun, saya mengucapkan, semoga berbahagia sehingga anak cucu ^____^


Thursday, September 8, 2011

Tahukah Anda: Wilayah Persekutuan


Cuba teka ini bendera apa? Percaya atau tidak, 65% orang tidak tahu jawapannya selepas lihat bendera ini. Ini merupakan bendera Wilayah Persekutuan. 

Informasi:
Wilayah Persekutuan dirangkumi oleh tiga bahagian yakni Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Ia ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Daripada ketiga-tiga bahagian ini;
i) Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan
ii) Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC)
iii) Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Sejarah Sepintas Lalu:
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Labuan, dahulunya sebahagian dari tanah Sabah, dibawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga pada 1 Februari 2001.

Bendera
WP Kuala Lumpur
WP Labuan
WP Putrajaya
Lagu Rasmi Wilayah Persekutuan


Maju dan Sejahtera (2006-2011)
Harmoni wilayah pertiwi
Semoga sentiasa diberkati
Wawasan hala pembangunan
Sebagai semangat perpaduan
Wilayah Persekutuan
Maju dan sejahtera
Maju dan sejahtera~


Maju dan Sejahtera (2011 hingga kini)

Inilah wilayah bumi yang bertuah
Maju membangun dijulang megah
Aman sentosa di sepanjang masa
Teguh disemai sentiasa
Membara semangat setiap warganya
Cergas mindanya semangat waja
Pada wilayah ditumpah setia
Hormat menghormati penuh mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Sepenuh warga wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh jiwa raga
Kita jaga keharmonian semua
Maju sejahtera
Wilayah persekutuan

Satu Malaysia (Ballard version)


National Theme - Satu Malaysia

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

"Kita satu Bangsa
    Kita satu Negara
      Kita satu Matlamat"

Monday, September 5, 2011

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor


Nama: Noramfaizul bin Mohd Nor
Umur: 41 Tahun
Karier (yang terakhir): Bernama TV (Jurukamera)
Diskrisi: Mati ditembak ketika mengetuai Media Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di Somalia & BAKTI kira-kira jam 5.30 petang (waktu tempatan) dan meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam 6.10 petang (waktu tempatan). Beliau terkena tembakan peluru sesat oleh penembak curi (Sniper) dipercayai dilepaskan oleh pemberontakan Mogadishu ketika perjalanan pulang ke kediaman, 200 meter sebelum sampai ke perkarangan hotel yang didiami mereka. Peluru tersebut terkena bahu beliau lalu menembusi terus ke paru-paru.

Al-fatihah..

Terselamat
Nama: Aji Saregar bin Mazlan
Umur: 27 tahun
Karier (terkini): Jurukamera TV3
Diskripsi: Cedera di tangan ketika diserang penembak curi.

__________________________________________________________

Sekalung takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Sebelum ini juga pernah berlaku dimana rakyat Malaysia mati ditembak ketika bertugas di negara-negara bergolak dalam misi kemanusiaan. 

Bukan Allahyarham seorang sahaja yang patut digelar hero Malaysia, tapi kepada semua ahli konvoi kemanusiaan dan juga rakyat Malaysia yang berjuang demi negara dalam mempertahankan negara, memperjuangkan hak rakyat negara lain yang memerlukan dan juga yang telah mengharumkan nama negara dipersada dunia =)


"Malang tidak berbau,
    Ajal maut di tangan tuhan"

Saturday, September 3, 2011

Puasa Sunat Enam

Gembira menyambut bulan Syawal, jangan pula lupa ibadah ke pencipta kita ya? ^.~

Puasa Sunat Enam

Lafaz Niat:
Sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt.

Cara Melaksanakannya:
Menunaikan puasa dengan melakukan perkara wajib puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal. Para ulama mempunyai berbeza pendapat tentang adakah harus dilaksanakan berturut-turut atau tidak perlu, bila harus lakukan, tetapi sebaiknya adalah lakukan pada 2 Syawal sehingga 7 Syawal dengan alasan tidak bertangguh atau lupa.

Dalil Puasa Sunat Enam:
Abu Ayyub Al-Ansari r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis Sahih Muslim)

Adakah dibolehkan menyatukan niat puasa sunat enam dengan puasa qada'?
Juga terdapat berbeza pendapat, tetapi kebanyakkannya memberikan jawapan:
Dibolehkan, tetapi lebih afdal sekiranya dipisahkan dengan mendahulukan yang wajib yakni puasa qada' kemudian baru puasa sunat enam.

Apakah kelebihan kepada kesihatan?
Setelah sebulan berpuasa, sistem pencernaan badan kita telah diprogramkan, berfungsi hanya pada waktu sebelum terbit fajar, selepas itu rehat sehingga terbenam Matahari. Raya menjelma, sistem pencernaan badan kita mengalami culture shock, kita makan banyak-banyak, ketupat, rendang, kuih muih bagai. Jadi puasa sunat enam ini berfungsi sebagai persediaan badan kita kembali kepada kitaran normal.

renung-renungkan dan selamat beramal =)

Coretan Raya: Versi Tertinggal Bas

Hah, da masuk Raya kelima ni, korang mesti ada kenangan Raya korang sendirikan? Kenangan main bunga api, mercun, curi lemang belakang rumah Pak Ali buat meriam, terngorat maknyah baju kebaya, kumpul duit raya, ada tu kumpul duit raya banyak sangat sampai boleh beli Mini Cooper sebijik (yang hot wheel tu la)

Aku tak banyak sangat cerita pasal raya ini, tapi ada satu kenangan yang tidak boleh dilupaka sampai bila-bila, sampai aku ada cucu cicit pun aku boleh ingat, boleh cerita kat dorang lagi.

*****

Al-kisahnya bermula begini, semasa itu, aku masih lagi menuntut disebuah institusi Universiti Awam jauh nun di Arau, Perlis disana. Korang tahukan universiti apa kat situ? Semasa itu minggu pertama Ramadhan, tiga minggu sebelum raya. Ramai orang berpusu-pusu beli tiket bas nak balik raya. Time tu aku dah cuak dah, takut tiket habis. Kedai tiket bas dalam kampus penuh orang berkerumum, jadi aku decide beli terus dekat pekan, stesen bas utama Kangar. Beratur bukan main panjang, macam orang beratur nak beli tiket konsert Mawi jea. Tunggu punya tunggu, akhirnya, alhamdulillah aku berjaya dapat tiket aku nak, tak silap aku tiket aku nak beli tu, hari Rabu, jam 9.30 malam, bas Transnational, dua hari sebelum raya, hari sebelum-sebelum tu habis, sold out, stock baru tak sampai lagi. Aku simpan terus tiket tu dalam beg duit, tak bawak keluar, takut tercicir atau hilang.


Minggu terakhir puasa, kampus mula lenggang, boleh dengar bunyi cengkerik dengan katak dari tingkat tiga. Hari kejadian, iaitu hari Rabu seperti tarikh tiket yang aku beli tu, aku mula packing apa yang patut, kemas bilik, sapu sampah, lap tingkap bagai, siap tolong makcik sapu sampah tu lagi angkat sampah ke tong sampah besar. Selepas maghrib, aku terus naik teksi, off to stesen bas Kangar keseorangan, yang lain awal-awal lagi dah balik. Sewaktu dalam teksi tu, aku nyanyi dalam hati "ohhh balik kampung, oohhhh balik kampung" suara aku memang tak sedap, tapi duli apa, aku nyanyi dalam hati takde siapa dengar. Time tu hati memang berdebar, excited nak balik raya, first time. Aku baru dapat merasa bagaimana orang duduk perantauan balik raya, lain macam derr rasa dier.

Tepat jam 8, aku sampai di stesen bas tersebut. Aku tak nak pergi makan malam dulu sebab takut terlepas bas punya pasal. Duduklah aku keseorangan kat situ, duduk atas beg luggage aku, sebab kerusi lain penuh. Pukul 9.15, bas aku da sampai, aku excited gila. Aku pergilah beratur nak naik bas. Jam menunjukkan 9.30, brader bas tu buka pintu, orang mula memenuhkan bas tersebut. Sampai turn aku jea naik, brader tu tahan.

"Adik, tiket nie semalam punya." kata abang bas tersebut.

Aku tersentap. "Hari ini Rabu-lah-kan?"

"Iye, betul, tapi tiket nie, Selasa" jawab abang bas tu.

"Huh? Tapi beli hari Rabu punya." Aku ke-pelik-kan.

"Saya tak tahu, adik deal-lah dengan akak kak kaunter tu." tunjuk ke arah kaunter Transnational.

Aku check tiket tu, ya! Tertulis hari Selasa. Sejenak aku turun dari bas itu, bas itu pun berlalu meninggalkan aku. Aku mula keresahan, menangis dalam hati. Aku terus berlari ke arah kaunter bas tersebut.

"Kak! Hari itu saya beli tiket hari Rabu, saya baru perasan tiket ni tulis hari Selasa kak. Bukan salah saya dia print salah tarikh. Ada tiket lagi tak sebelum Raya?" Air mata aku mula terasa hampir meleleh.

"Saya tak tahulah adik.  Hari itu beli tak check dulu ke? Nak beli tiket, da habis, semua sold out, bas tambahan pun da habis. Cuba adik tanya bas lain, tapi rasanya semua sudah habis." jawab akak kaunter tu.

Aku mula berlari tanya kepada setiap kaunter bas kat situ walaupun terpampang besar-besar dia tulis "TIKET HABIS". Hati mula rasa sebak. Time tu hati aku mula berkumandang lagu Black Dog Bone, "bila tiba hari raya, semua orang bergembira, tetapi bagiku...." Aku mula buntu tak tahu camna nak balik untuk raya, tiket keretapi suda lama habis. Aku tanya punya tanya, pergi ke satu kaunter ke sate kaunter, semua cakap habis, sampailah satu kaunter nie, aku tak ingat bas apa, tak pernah dengar pun sebelum nie.

"Semua tiket dah habislah bro. Tapi besok pagi ada satu jea tinggal, pukul 8, last, lepas tu memang da takde. Tapi kena beli tiket on the spot, takleh beli awal-awal, sebab kiteorang pun tak tahu bas jenis ape yang dorang kasi besok. Nasihat aku, besok kau datang pagi-pagi, kalau tak, kau berayalah kat stesen bas nie sorang-sorang."

Hati aku mula senyum, ada sinar harapan. Aku terus hubung saudara kawan aku, dia duduk dekat dengan stesen bas tersebut, mujur dia benarkan aku menumpang rumahnya semalaman.

Keesokkan pagi, selepas Subuh, dalam kepenatan, aku bersiap, terus ke stesen bas tersebut, beratur dihadapan kaunter bas semalam. Pelik, walaupun tidak cukup tidur, aku tak ngantok, hati bersemangat wajar nak dapatkan tiket tersebut, kalau boleh, aku nak bawak pisau, bunuh orang kalau tak dapat tiket bas tu. Pagi-pagi subuh tu, sudah ada orang berkumpul dihadapan kaunter tu. Tika dan detik kaunter tersebut buka, ramai orang berpusu dapatkan tiket tersebut. Alhamdulillah, nasib baik orang tu ingat aku, dia terus bagi tiket kat aku.

Tepat jam 8 pagi, aku naik bas, dengan hati yang sangat gembira, hati sangat berdebar untuk pulang ke rumah untuk berhari raya bersama keluarga.

Moral of the story : Sila check tiket anda selepas beli.

_________________________________________________________
Itulah kenangan Raya yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila =')

Ceritera Rayaku

Assalamualaikum.

Seronokkan beraya? Tak salah kalau kita nak bergembira pada hari Raya ini. Sedangkan nabi pun menggalakkan kita untuk bergembira pada hari raya.

dari Ummul Mukminin 'Aishah r.a. bersadba: bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakar masuk ke rumahnya dan Nabi SAW berada disisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu'ath (peperangan antara Aus dan Khazraj) Abu Bakar berkata "Suara syaitan" (sebanyak dua kali).

Nabi SAW bersabda : "Biarlah mereka wahai Abu Bakar! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*****

Hari rayaku sejak azali adalah sama, tradisi, beberapa hari sebelum raya, mamaku akan bersiap mengemas rumah, tukar langsir (wajib!) walaupun menggunakan kain langsir yang sama, hahaha.  Kemudian, dia masak laksa penang, dimulakan dengan siang ikan yang akan digunakan untuk membuat kuah laksa penang. Mama buat laksa penang sedap! Sangat sedap sehinggakan sanak saudaraku turun dari penang semata-mata nak makan laksa penang mamaku. hoho.

Laksa Penang (Illutrasi Semata)

Pada pagi raya, kami akan rasmikan raya dengan makan laksa penang. Kemudian kami bersiap, seterika baju raya semua, untuk ke masjid! Menunaikan solat sunat Aidilfitri/adha. Selepas itu, kami akan beraya, memohon maaf sesama family.

After semua sudah habis bersiap, kami akan pergi ke rumah datuk belah walid dulu. Sepupu sepapat belah sini sangat ramai, tapi saya like always, akan diam seribu bahasa. Pandang kiri, pandang kanan, dalam hati "Oh My GOD!! apa aku nak buat ini? Mayday! Mayday!" Sehinggalah mendengar seruan makcik saya memanggil dari dapur, "Jom makan!" Time tu riuh semua serbu ke dapur. Setiap family akan hidangkan hidangan tradisi family masing-masing, macam biasa, family saya akan hidangkan laksa penang. Tapi one of my favourite was, LAKSA JOHOR! Sedap. Saya tak pernah miss makan setiap kali raya. Agak-agak orang yang asal Johor duduk Klang tu reti buat laksa Johor tak? yumyum~

Laksa Johor (Illutrasi Semata)

Apabila perut sudah kenyang, off to family belah mama pula! Saya lebih rapat dengan family belah sini, sebab saya dibesarkan dengan maktok belah mama, jadi saya tahulah apa nak merapu meraban kat situ, hoho.. Belah sini sepupu banyak budak kecik, jadi faham-fahamlah ye kalau riuh tu macam mana, kalau boleh, rumah tu terbalik tergolek enam belas kali. Kat sini apa yang special, KETUPAT PALAS! Pure utara punya, ada kacang kat dalam. Every year maktok tak pernah fail buat ketupat palas, rendang daging, rendah ayam. Sedap-sedap~!

Ketupat Palas (Illutrasi Semata)

Bila matahari mula nak terbenam, azan maghrib mula berkumandang, menandakan titik pengakhiran raya bagi diriku. Itu sahaja ceritera Raya saya.

Anda pula?


p/s: kan cantik gadis Melayu berbaju kurung dan kebaya.