Sunday, October 30, 2011

Lagu Melayu: One Hit Wonder

Seperti biasa, dalam kebosanan, saya akan browse through segala yang ada di internet ini terutama Youtube.com. Sedang browse, teringat saya kepada lagu-lagu lama, yang best didengar, tapi sekali naik, terus hilang entah ke mana. Ya, bila kita berkata tentang "One Hit Wonder", kita akan kaitkan dengan lagu Vanilla Sky - Ice-ice baby, Boney M - Daddy Cool dan sebagainya.

Kali ini saya akan bawakan kita ke zaman 90-an, One Hit Wonder versi Melayu. Banyak sebenarnya lagu-lagu best zaman dahulu yang One Hit Wonder yang best-best, terutama yang hati jenis taman jiwang karat tidur tak lena la kan (seperti saya). Pernah dengar lagu-lagu ini? :


Fuh, lagu-lagu macam ini tangkap lentok beb. Lagu berikut ini pun salah satu One Hit Wonder zaman 90-an kalau tak silap. Sekali sekala dengar lagu jiwang zaman dulu-dulu tak salahkan? So, enjoy =)


Jeslina Hashim - Ku Intai Cinta Dalam Rahsia
Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta

Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Menggapai hanya
Ilusi mimpi

Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan airmata

Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan
Ucapkan cinta

Saturday, October 29, 2011

Speaking English: versi Aduhai Sedihnya..

Suasana di suatu megamall di Kuala Lumpur..

Di kafeteria..

Saya sedang beratur ingin membeli air minuman. Dihadapan saya, seorang mamat Melayu, sedang berurus niaga dengan pakcik India untuk mendapat air minuman beliau.

"Ya bang, nak air apa?" sapa penjual air minuman tersebut.

"Saya nak air cherry satu" jawab mamat Melayu tersebut.

Wajah si penjual air berubah, dahi beliau berkerut, memikirkan air apa yang di minta oleh pelanggan beliau itu. "Air cherry? Sini mana ada jual air cherry."

"Alah, air itu orang selalu beli itu. Takkan tak jual kot air itu." Jawab Melayu itu sekali lagi.

Penjual air itu teruskan operasi mencari air yang diminta oleh orang Melayu itu di dalam bekas air beliau. Cari punya cari, tiada juga. "Takdelah bang, air lain boleh?"

"Aik, tadi saya baru nampak abang ade jual air itu kat amoi Cina tadi tu, takkan sampai saya takde kot?" jawapan beliau merujuk kepada pelanggan Cina yang membeli air tin sebelum dia tadi. "Ala, air tin yang warna kuning tu". Sambung dia lagi.

"Ouh! Yang ini ke?" memegang air tin warna kuning.

"Hah! yang inilah, berapa harga?" jawab pelanggan Melayu tersebut.

Aku: "air crysanthemum tea rupanya" =.=". Adui, sedihnya ada orang macam nie.

*****************************************************************************

Ini bukan air cherry


Hah! Apabila terma dalam inggeris tidak difahami, kucar kacir jadinya. Itu baru kes yang kecil, belum lagi yang lain kan?

Bukanlah nak cakap saya ini terer berbahasa inggeris, ataupun mahu mengagungkan bahasa asing, saya pun dua kali lima juga, tetapi, haruslah kita tahu serba sedikit tentang term2 yang mudah bahasa inggeris, supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang asing. Ia juga dapat membantu kita berkomunikasi, terutama dengan orang luar, bukan?

Contoh terbaik kita dapat lihat situasi saya diatas, diantara crysanthemum tea dengan cherry, kan jauh beza bunyi dan ejaan dia. Tapi disebabkan kurang pengetahuan dalam bahasa inggeris, tu pun boleh jadi keliru.

Walaupun cakap merangkak-rangkak, tetapi kita harus mencuba, mencuba itu tangga kejayaan, kan? Jangan malu, setiap dari kita, yang terer cakap english, siap slang pun da ala-ala english pure punya, pun pada asalnya, cakap merangkak-rangkak juga.

Kawan kaki bahan? Alah! Pedulikan mereka. Mereka pun takleh cakap inggeris, tu yang nak bahan korang nak cakap inggeris tu. Kalau korang teruskan usaha untuk belajar, nanti lama-lama korang pandai inggeris, mereka yang bahan korang tu yang tak pandai-pandai.

Bahasa inggeris ini sangat berguna, lagi-lagi time korang belajar di peringkat universiti, masa kerja nanti, lagi penting. Jadi, masih tidak terlambat untuk anda belajar bahasa inggeris. =)

Renung-renungkan dan selamat beramal =)

Teka-teki

Apa beza antara "Tenuk" dan "Tapir"

Friday, October 28, 2011

Antara Kenalan, Kawan & Sahabat

Like Englishman once qouted;
"Friends come and go, only true friends will stay"

Well, saya tak nafikan, betul statement tersebut.
But for me, I've no friend.

Ada orang pernah cakap kat saya;
"famouslah si pencoret nie, ramai orang kenal"
well, saya hanya boleh kata, itu kenalan.

Dulu, ya;
saya ada ramai kawan.
Ada yang sanggup buat apa sahaja kerana saya.
Saya sangat terharu.
Kami sampai rasakan macam kami ini adik beradik,
sebabkan keakraban.
tapi itu dulu~

Kawan berganti kawan.
Kawan pergi, berganti baru, bertambah lagi kawan.
saya?
Kawan pergi, tak berganti-ganti.

Sekarang, saya keseorangan.
Saya bukan nak merintih simpati dari sesiapa.
saya cuma nak mengadu,
sebab dsinilah satu-satunya tempat yang saya boleh mengadu,
& dia sentiasa setia untuk mendengar keluhan hati ini.

kepada individu yang mempunyai kawan,
jagalah hati mereka,
jangan putuskan tali persahabatan
yang tiada nilai sebandingnya,
supaya erti kawan itu menjadi SAHABAT

"Kenalan itu bukan kawan,
mereka datang dan pergi;
Kawan itu tak semestinya seorang sahabat,
kawan boleh "makan" kawan;

tetapi

Sahabat adalah segalanya;

 Dia setia seperti seorang ayah
Penyanyang seperti seorang ibu
Ambil berat seperti seorang kakak
dan melindung seperti seorang abang"