Friday, November 5, 2010

kipas alaf baru

Wah!! Best nye dapat baring atas katil yang dipenuhi dengan bantal yang empuk, makan free, pinggan tak payah basuh, baju tak payah nak tunggu turn, nak balik rumah tak payah nk mendaki tangga sampai 5 tingkat, nk online, tak payah nak kena tunggu connect dari broadband, otak tak payah pikir apa-apa (sampai next sem), sebabnya aku berjaya jua jejak dua belah kaki aku didalam sebuah rumah yang dimiliki oleh kedua ibubapaku (lagi, aku tak payah pikir pasal duit sewa rumah lagi da), hohoho... syok weyh!! (kepada rakan-rakan yang masih ade paper, teruskan semangat korang!! chaiyok2! *wink2*)

Sebenarnya, aku bukan nak cerita tentang faedah aku dapat menjejakkan kaki dirumah, tapi aku nak cerita satu benda ni, tadi, on the way balik rumah, aku dan mak aku singgah Bangsar sekejap. Awal motif kite orang sebenarnya nak makan je, tapi biase la wanita feminin, da sampai shopping complex, macam tak logik kan kalau tak shopping, paling kurang pon window shopping.. Jadi seperti biasa la, aku follow saje la mak aku shopping. Aku memang suka follow orang shopping nie, memang hobi aku, sebab dapat cuci mate, hahaha! 

Jadi tadi, mase tengah jalan-jalan window shopping, aku tertarik dengan satu kipas nie.. Canggih weyh! Kipas tu tak ade kipas, tau-tau terase angin.. Aku tergamam & terpaku wat sementara waktu melihat kecanggihan kipas tersebut. Aku nak tangkap gambar kipas tu sebagai bahan bukti, tapi promoter kedai tu tengok aku semacam je, terus tak jadi nak tangkap.

Kipas alaf baru

Kipas tu takde bilah langsung, tau-tau jea rase sejuk jea, huhu.. Sebenarnya, aku bukanlah jakun dek kerana kecanggihan teknologi zaman sekarang, tapi aku sebenarnya kagum dengan enterpreneurs yang ada di muka bumi ini.. Camne idea-idea menarik cenggini boleh tetibe muncul dalam kepala dorang yang separa botak tu. Kenapalah time projek ent aritu, tak terfikir pon idea-idea cambest cenggini. THUMBS UP TO ALL ENTERPRENEURS AROUND THE WORLD.

Thursday, November 4, 2010

reactivating

haha! setelah berkurun lame membiarkan blog ini berhabuk & berdaki sini sana, akhirnya selepas mengharungi hari-hari yang dipenuhi project, presentation & final exam yang cibai takde gap langsung! berjaya juga akhirnya aku reactivate account facebook & blog gue...


lepas nie jangan nak ngumpat aku la ye cakap aku nie takde life ke, carik perhatian ke, sbb aku akan mengalami satu tempoh yang sangat bosan, iaitu tempoh dok kat rumah, bosan takde nak wat ape-ape, huhuhuhu... jadi, insyaallah aku akan update blog aku ni hampir setiap hari, hahahahaha!!!! 

ape-ape pon, aku mau wish good luck kepada kawan-kawan aku yang tengah berkerut dahi, mata lebam (sebab tak cukup tido) menghafal segala buku teks sebab xhabis lagi paper, hahaha...


Monday, September 13, 2010

Illuminati Menyerang Anda


Sudah masuk raya keempat, kehangatan raya masih lagi terasa. Budaya kujung-mengunjung masih lagi diamalkan di segenap pelusuk negara kita. Banyak rancang menarik ditayangkan di televisyen bagi memeriahkan lagi suasana raya ini, tapi sedarkah kita tentang kehadiran Freemason @ Illuminati ini sedang meracuni anda secara diam??

Aksi Noh Hujan
Pada raya kedua yang lalu, sedang aku kebosanan dirumah, aku menghabiskan masa aku dengan menonton rancangan2 yang menarik di televisyen. Aku tertarik dengan satu rancangan ini yang disiarkan oleh TV2 di sekitar waktu tengahhari, waktu puncak untuk sanak saudara berkumpul untuk menonton televisyen. Nama rancangan itu adalah "Hujan vs Bunkface". Aku kehairanan kenapa rancangan sebegini ditayang pada waktu raya sedangkan banyak lagi rancangan menarik yang boleh dipertontonkan, mungkin mereka mahu menarik perhatian para remaja yang gilakan kumpulan Hujan dan Bunkface ini.

Pakaian Noh Hujan
Bukan rancangan itu yang menjadi persoalan utama aku, sebenarnya aku tertarik dengan pakaian yang dipakai oleh Noh Hujan di sepanjang konsert itu. Kebanyak daripada kita sudah mengetahui, lambang yang tertera pada pakaian Noh itu adalah lambang Illuminati @ Freemason. Sengaja atau tidak sengaja?? Tali gitar (kotak2 hitam putih) yang dipakai oleh Noh juga adalah Master Carpet @ the Checkered Floor yang sangat berkait dengan Illuminati ini.
Tali Gitar Noh Hujan

Jika kita imbas kembali AJL 24 yang lepas, persembahan Hujan ketika mendendangkan lagu Aku Scandal, juga dipengaruhi banyak dengan unsur2 Illuminati ini. Yang menariknya, pada AJL 24 yang lpeas, bukan  Hujan saja yang membawa unsur2 illuminati ini, namun konsep kesuluruhan AJL 24 itu dari awal rancangan sehingga ke akhirnya juga dipengaruhi oleh unsur2 illuminati ini.


Lady in red

Mirip Zaman Pharoah dulu kala

Berikut adalah lambang kumpulan muzik di Malaysia yang dipengaruhi lambang Illuminati:

Hujan dan Search
IA TIDAK BERAKHIR DI SITU SAHAJA...

Ingat tak lagi video yang pernah aku post di facebook aku berkaitan kontroversi iklan raya TV3 suatu ketika dahulu? Kalau tak ingat, tidak mengapa.



Iklan diatas telah menimbulkan kontroversi apabila iklan ini mempamerkan juga unsur2 illuminati.

Iklan Raya yang seakan-akan Chrismas
Iklan yang seakan-akan sambutan Chrismas ini, juga mempunyai pelbagai maksud tersirat disebaliknya.

Tulisan Jawi Diterbalikkan
  1. Beca Merah - Kenderaan Santa Claus
  2. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
  3. Pokok Chrismas - Simbol Paganism
  1. Bersongkok Putih - POPE (Ketua agama Kristian)
  2. Perlawaan masuk ke beca - perlawaan masuk agama Kristian
Pulau Pinang - tempat Illuminati mula bertapak di Malaysia
Kuala Lumpur - tempat Illuminati bersarang di Malaysia
Awan Men'salib'kan menara setiap penjuru Masjid
Klik untuk imej lebih besar

Nabi Muhammad SAW telah bersabda didalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmidzi bermaksud, "tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan antara Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARDAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi"


Iklan Aidilfitri mirip perayaan Buddha
Disengaja atau tidak sengaja, sahih atau tidak sahih, hanya Allah saja yang tahu kebenarannya sejauh mana. Kita sebagai umatnya haruslah tingkatkan takwa dan ilmu kita supaya tidak tersesat di jalannya. Aku di sini hanya mampu menyampaikan apa yang termampu. Sebagaimana aku telah ceritakan, blog ini akan aku gunakan sebagai menyampai infomasi dunia aku, dunia bola dan hal keduniaan.

resources:
http://www.izoblog.com/isu-semasa/kontroversi-iklan-raya-aidil-fitri-tv3-2010-iklan-raya-1malaysia
http://meoriszwan.blogspot.com/2010/09/noh-hujan-freemason.html
http://meoriszwan.blogspot.com/2010/09/kontroversi-iklan-raya-tv3.html