Monday, March 3, 2014

Kami Budak Baru Kenal Bolasepak

Setelah 38 tahun menunggu, akhirnya Manchester City berjaya menamatkan kemarau Piala Liga dengan kemenangan ke atas Sunderland semalam.

Sebagai peminat Manchester City sejak 2002, kemenangan semalam melengkapkan kejuaran keempat City dalam empat tahun. (1 Premier League, 1 FA Cup, 1 League Cup, 1 Community Shield). Kejayaan itu ditambah lagi apabila disambut dengan lebih kurang 100 orang yang hadir di NZ Curry House Wangsa Maju yang menyokong Manchester City. Yela, 12 tahun yang lalu, bila orang tanya aku minat team apa, aku cakap Manchester City, orang ingat aku buat lawak. Gathering semalam di anjurkan oleh kumpulan peminat Manchester City Malaysia yang mana ahlinya terdiri dari peminat-peminat dari seluruh Malaysia.

Harap dengan kejayaan demi kejayaan, Manchester City dapat tawan bolasepak dunia.

Tapi belum apa-apa lagi, ada suara-suara sumbang yang mengatakan, kami "budak baru kenal bolasepak". Mereka kata, kononnya bila Manchester City naik, baru nak sokong.

Siapa yang cakap tu, takpalah, taknak bagitahu, cuma clue dia, pasukan dia tak mampu menangi apa-apa musim ini, dan dia berwarna merah.

"Kami Budak Baru Kenal Bolasepak"
Antara yang hadir:


2 March 2014 | Manchester City 3-1 Sunderland:

Yaya Toure with the stunning equaliser from outside the box
Man of the Match performance by Samir Nasri putting the Blues ahead
City's 3rd from Jesus Navas sealed it off
The Captain Marvellous lift City's 3rd League Cup
Capital One 2014 winner
The first of many for Manuel Pellegrini

Sunday, March 2, 2014

Kami Histeria!


Gabungan Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin dan Umie Omar sebagai "the Histeria" band sangat best, sehingga bila aku tersedar kecewa yang band ini tak wujud secara realiti.

Jalan cerita yang tak cliche, bukan typical Malay movie, dengan good reviews all over the place termasuk dekat social media, tak ada apa lagi kata yang boleh convince that this movie sangat best. For me, watak yang paling best dalam cerita ini, goes to "Peanut" a.k.a. Nadnad (Nad Zainal).

Dah terlambat rasanya nak ajak semua untuk tengok movie Kami Histeria nie, tapi movie ini sangat worth to watch. Me myself tengok movie nie dua kali dekat wayang.

Bukti aku tengok Kami Histeria dua kali

Yeah, I would understand yang budak2 muda prefer download dekat internet saja, lagi2 movie Melayu, tapi this movie, I tell you, is worth of support. Do subscribe kat Astro First or beli original dvd once dah released nanti, please.

Agak terkejut movie nie tak dapat jumlah kutipan yang banyak berbanding "The Journey" yang memecah rekod RM13 juta kutipan.






Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

1 Mac 2014, tarikh yang bersejarah, apabila Malaysia merasmikan satu lagi mercu tanda negara, iaitu jambatan kedua Pulau Pinang.

Perseketaan politik yang terlibat, aku tak nak cerita.

Tapi, jambatan yang pertama Pulau Pinang dulu pernah memegang rekod jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Yang kedua ini juga mencatat rekod, 14 rekod kalau tak silap. Rekod apa, baca sendiri:

Malaysia Book of Records

Hebat tak?

Akan ada longkang2 di Malaysia yang akan bersuara, kenapa Jambatan Pulau Pinang Jr. ini bengkak bengkuk? Itu kena tanya bijaksana. Aku tak ambil arcitecture dulu.

Solat yang didirikan di atas jambatan ini untuk memohon keberkatan dari Ilahi.

Apa-apa pun, tahniah Malaysia!!