Monday, March 24, 2014

#MH370 "Ended in the Loneliest Place on Earth"

404 hours of search,
26 countries of sweats,
and countless prayers.

Finally, at 10pm (Malaysian Time) today, the missing MH370 has confirmed
"ended in the southern Indian Ocean".

Heartbreaking.

Yeah, no one knows; why on earth, from Beijing, it diverted to Indian Ocean? Dekat tengah-tengah lautah pula tu. Tak masuk akal-- Ya, akal manusia.

Segala yang berlaku setinggi langit dan sedalam lautan, hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai hamba yang kerdil, hanya mampu mengangkat kedua tangan, berdoa padaNya...

Innalillahi wainna ilaihirojiuun...



Tapi mana pergi Raja Bomoh? Katanya MH370 dekat lokasi tertentu di antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan. Macam jauh jea?

Thursday, March 20, 2014

Result SPM

Hari ini result SPM keluar. Macam biasalah, seharian kecoh orang bertanya sana sini pada yang berkenaan, result dapat berapa. Tahniah pada yang berjaya dapat keputusan yang baik.

Continue pursuing your dream by choosing the right path!!

Siapa yang letakkan mekanisma kau berjaya atau tidak? Bagi aku, kalau orang tu selama ini gagal, SPM dia hanya mampu lulus, itu pun satu pencapaian yang baik. Tiada beza pun yang straight A's atau sekadar biasa-biasa sahaja-- yang membeza-bezakan pencapaian orang itu yang menghinakan.

Yang berjaya, jangan bongkak!! Yang kurang, jangan berhenti...

Ya, aku pernah saksikan, suatu ketika dahulu, dialah legenda dalam akademik, sekarang dia berhempas pulas mencari erti kehidupan. Dan aku juga pernah saksikan, yang gagal waktu zaman hingusan, kini dia gah dipersada kedewasaan. Semua itu kan tulisan Tuhan.


Dan bagi yang orang-orang pandai, dia selalu akan tanya, "sekolah hang dapat berapa straight A's?", "sekolah aku ranking nombor berapa tahun ini?".


Aku?


Aku tak pernah ambil kisah. Aku dulu sekolah biasa, kalau sebut pun, belum tentu kau tahu.

Monday, March 17, 2014

#PrayForMH370: Day 10



Maaflah, sudah hari ke-10, baru nak buat post berkaitan kehilangan MH370. Bukan tidak peka, tapi tidak kesempatan.

Misteri, keyword yang sangat sesuai dikaitkan dengan kehilangan kapal terbang MH370 pada 8 Mac 2014 yang lepas.

Bagi aku, seribu satu misteri bakal terungkai dengan mudah, jikalau misteri kapal terbang secara tiba-tiba hilang dari radar. Hijack, Sabotage, masalah mental atau konspirasi.

Tapi, kejadian MH370 ini, kita dapat lihat, siapa yang tahap kesabaran dia tinggi, siapa kuat melatah, siapa otaknya letak di lutut, siapa hanya membaca berita dari Facebook, siapa yang bijak.


Hari pertama:
Semua menghulurkan simpati pada mangsa kehilangan MH370

Hari ketiga:
Mula mengaitkan dengan parti politik.

Hari kelima:
Mula mencari kesalahan para menteri dan pihak berkuasa.




Yang tak bestnya, ada pula pihak2 yang mengambil kesempatan nak populariti. Raja Bomoh, Jasmine Johari, Jonti Roos.

Memalukan.