Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Hari raya, hari yang mulia, hari yang diharuskan di dalam agama untuk kita semua b'gembira.. haha.. Meriam buluh di letupkan, mercun di bomkan, budak2 happy giler kowt hari raya, siap dapat hari raya lagi.. Aku? Aku xde kenangan raya yang best pon, sebab aku tak macam orang lain, banyak agenda di hari raya, aku, hari raya pertama, pagi pegi rumah maktok, petang pegi rumah neknah, pastu habislah raya untuk aku walaupun orang lain raya sebulan..

Di kesempatan ini, aku memohon maaf & ampun kepada sesiapa saje yang terbace blog aku ini, walaupun kita kenal ataupun tidak, aku memohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Aku juga ingin mengucapkan

Maaf zahir dan batin

Wednesday, September 8, 2010

08.09.10

"Tanggal 8 September 2010 (8.9.10)", mcm menarikkan??? haha.. Sekali dalam seumur hidup saja kita boleh lalui tarikh macam nie kan?? Bunyi cambest jea, rasa macam nak wat perayaan sendiri jea. Ok, enough mengarut! Lagi dua hari saje lagi nak raya (tiap2 hari aku countdown nie), jadi mulai hari ini, operasi mengemas rumah bermula!

Aku pelik pasal diri aku nie, pemalas, tapi aku suka mengemas. Cuba tanya housemate2 aku, setiap hujung minggu mesti aku kemas rumah, haha.. Hari ini, aku kerah adik2 aku untuk join sekali untuk mengemas rumah. Beza antara kuderat laki dengan perempuan, aku berjaya mengemas satu rumah dalam satu hari weyh! (skli skla bangge skit, hehe) Ponat2.. 



Tuesday, September 7, 2010

Ganyang Malaysia!

Sungguh mengecewakan!

Baru-baru kisah ganyang Malaysia skrg menjadi-jadi. Sebagai orang malaysia yang mempunyai perasaan cinta akan negara, sungguh memilukan negara jiran kita sendiri yang mahu menyerang Malaysia. Kisah Mahonara, tarian pandet, batik dan lain-lain, semuanya dijadikan sebahagian orang Indonesia untuk menyerang negara Malaysia. Pelbagai demostrasi, tunjuk perasaan dan rusuhan telah berlaku terutama di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia di tunjuk oleh sebahagian orang Indonesia atas dasar ketidakpuashatian mereka terhadap negara aku ini.

ganyang Malaysia

Atas dasar ketidakpuashatian sebahagian rakyat Indonesia, bertindak dengan propaganda mereka  "Sweeping Orang Malaysia" atau lebih dikenali sebagai "buluh runcing", iaitu mengusir orang Malaysia dari Indonesia terutama mahasiswa kita yang menuntut di sana. Mereka tak sedar pulakkan, berapa banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara mereka yang mencari rezeki dalam Malaysia, tidak pernah pulak kita mengusir PATI ini dari Malaysia.


buluh runcing @ Sweeping Orang Malaysia

Baru-baru ini Malaysia menyambut kemerdekaan kali ke-53. Kita menyambut dengan cara sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan. tetapi sunggu menyedihkan, di Jakarta, mereka masih menunjuk perasaan dengan bertindak membakar bendera Malaysia dan membuang najis ke arah kedutaan Malaysia di sana. agak2 la kan, bulan Ramadhan kowt!

Jalur Gemilang di bakar di Indonesia

Aku bukan nak menggunakan blog ini sebagai platform untuk menghasut atau nak meluahkan perasaan semata-mata, tapi nak membuka mata kedua-dua belah pihak, kita ini hidup berjiran. ramai jugak orang Indonesia datang ke Malaysia secara sah dan tak sah untuk mencari rezeki di sini, tidak pernah pula kita menghalau mereka balik Indonesia. Kita ini negara Islam, seharusnya kita menyelesaikan masalah secara aman berdasarkan ajaran Islam. Kita banyak kali dah cuba berlembut dengan Indonesia, tetapi negara kita dipijak2 macam tu sahaja. Cukuplah Malaysia kehilangan Singapura dek kerana Malay-Sino Riot, cukuplah peristiwa berdarah 13 May yang memusuhkan cina dan melayu, cukuplah rusuhan Hindraf menyebabkan huru-hara di Malaysia.