Saturday, December 25, 2010

some leader are born with leadership quality
some leader are fake!
they trying hard to be good leader
but never as good as leader who are born to be the leader
sometimes "leadership trait" is TRUE

Tuesday, December 14, 2010

Anda Minda Kelas Berapa?

Berdasarkan kajian ahli psychologist, neurologist & zoologist, berikut adalah tahap pemikiran manusia:
__________________________________________________

Kelas 1: Selalu memikirkan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah. Mereka sentiasa berfikiran panjang dan sentiasa positif walaupun menghadapi onak duri, rintangan, cabaran, dugaan dan sewaktu dengannya. Mereka ini selalu di anggap sebagai golongan skema oleh orang-orang pemikiran tahap 3 ke bawah.

Kelas 2: Selalu bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku. Mereka selalunya merupakan sejarahwan kerana selalu mengkaji tentang sejarah dan kisah lampau.

Kelas 3: Selalu bercerita tentang kelemahan orang lain. Mereka selalu menyalahkan orang lain sekiranya satu-satu perkara berlaku. Mereka jarang memikirkan satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan satu-satu perkara, sebaliknya hanya mampu menunding jari ke arah orang lain.

Kelas 4: Selalu memikirkan nasid diri. Mereka merupakan golongan yang jarang memikirkan jalan penyelesaian untuk memperbaiki diri. Selalunya sekiranya satu-satu musibah berlaku, mereka akan diam, pendam dalam hati, menyalahkan diri sendiri, dan kadang-kala akan menangis bila keseorangan memikirkan nasib diri. Golongan ini juga selalunya mudah putus asa dan tidak mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Mereka juga senang dipengaruhi dan mudah putus asa mendengar kritikan orang lain.

Kelas 5: Selalunya tidak pernah memikirkan apa-apa. Tidak mengambil tahu keadaan semasa dan keliling. Selalu buat hal sendiri. Jarang berkomunikasi dengan orang lain. Tidak pernah ada hasrat untuk memperbaiki atau menyelesaikan satu-satu masalah.
__________________________________________________

Jadi, korang dah tahu pemikiran korang sekarang berada pada tahap mana? Kalau tak tahu, sila pergi ke klinik-klinik atau farmasi berhampiran, ahaks~

Komen: Inilah yang mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir pernah berhasrat, membuat anjakan paradigma terhadap pemikiran orang Melayu, menaiktaraf cara pemikiran orang Melayu, sebabnya dia nampak kebanyakan pemikiran orang Melayu berada pada tahap Kelas 4 & 5!! Jadi, sama-samalah kita membuat anjakan paradigma terhadap pemikiran kita untuk kebaikan bersama. ^^


Monday, December 6, 2010

Siapa Cakap Lagu Melayu Tak Bermakna?

"Jiwang! Jiwang! Jiwang! Tu sajalah lagu Melayu dari dulu sampai sekarang, xpernah berubah, xbest langsung! Cube dengar lagu omputeh, baru ada class" itulah kata-kata orang Melayu yang tak sedar diri yang diri dia tu Melayu, hoho.. Hari ini aku bukan nak mengodem mereka ataupun nak promote lagu-lagu melayu, yelah, halwa telinga masing-masing, berbeza kan. Tapi saya mahu share beberapa lagu Melayu yang seni liriknya begitu bermakna yang berjaya menarik perhatian saya,

Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi 
Oh Adinda 
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini 
Jadi Dinda mahu mengambil masa 
Tapi Kanda mahu segera 
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya 
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria 
Jadi yang mana satu 
Tak perlu bertengkar 
Tak perlu bermasam muka 

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi 

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada 
Ini semua demi masa depan keluarga 
Dengan Dinda atau sebaliknya 

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang 
Jadi bila nak bertemu 
Tak perlu bertengkar 
Tak perlu bermasam muka 

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda 
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya? 
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi 

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara 
Dinda kutub selatan 
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu 
Tak perlu bertengkar 
Tak perlu bermasam muka 

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana 
Dinda yang Utama 
Kanda segalanya 
Dindalah nyawa 
Kita tetap bahagia bila bersama sama 
Bahagia bersama 
Bersama selamanya 
Bahagia selama-lamanya

Malique & Najwa - Senyum
Kacak luar
Kacak dalam 
Kacak dengar sini 
Kalau saya senyum 
Awak mesti senyum sekali 
Kalau kita senyum 
Semua orang berjangkit 
Bila semua orang senyum 
Dunia tiada penyakit 

Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
tak perlu kata apa-apa 

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama 
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka 
Kalau habis abjad aku rap dengan angka 
Satu dua tiga anugerah diterima 
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua 
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza 
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina 

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama 
Hati macam grandmanya anginnya macam papa 
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana 
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa 
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama 
Wanita hari ini jaga sensitiviti 
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini 

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi 
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit 
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit 

Kacak luar
Kacak dalam 
Kacak dengar sini 
Kalau saya senyum 
Awak mesti senyum sekali 
Kalau kita senyum 
Semua orang berjangkit 
Bila semua orang senyum 
Dunia tiada penyakit 

Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
tak perlu kata apa-apa 

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan 
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan 
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan 
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan 
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan 
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian 
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan 
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan 
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian 

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri 
Wanita hari ini harus pepandai puji 
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi 
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit 

Kacak luar
Kacak dalam 
Kacak dengar sini 
Kalau saya senyum 
Awak mesti senyum sekali 
Kalau kita senyum 
Semua orang berjangkit 
Bila semua orang senyum 
Dunia tiada penyakit 

Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
Tak perlu kata apa-apa 
Senyum 
tak perlu kata apa-apa 

Kacak luar 
Kacak dalam 
Kacak dengar sini 
Kalau saya senyum 
Awak mesti senyum sekali 
Kalau kita senyum 
Semua orang berjangkit 
Bila semua orang senyum 
Dunia tiada penyakit

*Try listen to this (Click to Listen):
1. Malique & Salam - Cerita Kedai Kopi
2. Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet - Kalau Berpacaran
3. Firdaus - Ku Berlari

My Comment:
THERE! i've proved to you that lagu-lagu melayu bkn skadar jiwang semata-mata, kadang-kadang dia memberi makna mendalam.. Lagu-lagu macam nie, bunyi macam xbest jea kan, tapi kalau dengar sambil baca lirik dia, hayati, pergh, memberi maksud yang sangat mendalam. ENJOY!

Saturday, December 4, 2010

Tag ketepek!

haha, pirst time kene tag dalam blog nie seumur hidup weyh! trase macam nk joget ala2 shah rukh khan ber'shuffle', hohoho...
byk nye soalan perlu dijawab, macam da dalam formspringMe da huhu..
x ape, sbg artis xsedar diri, saya jawab okeyh?! hoho

1. Apa benda penting dalam hidup anda?
ajaran Islam.

2. Benda terakhir yang anda beli guna duit anda?
errkkk.. ape ekk? topup? da lame xtopup.. hah! beli sweater kt PB.. hoho

3. Di manakah tempat anda akan melangsungkan perkahwinan anda dan apakah temanya nanti?
kt tepi pantai, team pelangi, meriah x? hoho.. ok, klau leh tmpt exclusive skit, (Orang kenamaan kan? kena jaga reputasi, ahaks) tema hitam putih, boleh?

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang? 
tgh on9 la, xnmpk ke?? (¬_¬)

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
bole plak tanya soalan berapa lama AKAN, sengal~

6. Di mana anda selalu jumpa kekasih anda?
kedai runcit, kiteorang slalu pegi beli kicap same-same.

7. Novel/majalah/buku terakhir dibeli?
errkkkk... ummm... aaa... (nmpk sgt xpena beli)

8. Siapakah nama penuh anda?
Syed Mohammad Hafiz bin Syed Shahrul Zaman bin Syed Kamarul Bahrin (nak lagi?)

9. Antara mak dengan ayah yang mana anda lebih mesra?
mak, tapi ayah slalu pakai kad mesra kalau isi minyak..

10. Namakan orang yang anda betul2x nak jumpa dalam hidup anda?
aku nk jumpe K.Rajagobal.. Nak cakap kat dia, kalau aku main untuk Malaysia, konpem Malaysia menang World Cup, weyh, haha

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Sidai baju sendiri dikira tak?

12. Di manakah tempat anda betul2x nak pergi?
nak g Paris, Rome, Venice, Florence, Milan, Istanbul, kalau di beri rezeki, Mekah!

13. Pilih satu "peluk" atau "cium"?
aku pilih, main game boleh?

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag.
1. Dia Kicik
2. part time keje kt fb "like" status smua orang
3. blog dia da cantik weyh! & ramai pollower dari saya, uhuks~

15. Lima benda yang disayangi dalam hidup anda.
ekceli no satu adalah ahli keluarga & kaum kerabat, pastu kawan & sahabat handai, & sang Hamster Si Ketot!hoho.. Tapi soalan tanya BENDA, jadi jawapan hendaklah berkisar kebendaan bukan? (tudia, bila aku da mula memberikan hujah, Mahamat Ghandi pon kalah)
1. laptop CQ40
2. belak beri (mentang2 baru dapat)
3. broadband (ada simcard yg tiap2 bulan bayar bil)
4. Motor EX5 
5. SonicGear Earpump V2

16. Lagu yang anda suka dan selalu dengar.
Bruno Mars - Grenade
The Wanted - Heart Vacancy (Dedicated to Elly Abdul Razak) ^^

17. Bila tarikh lahir dan kt maner korang sambut tahun lepas?
29th December 1990, xsambut pon, xdak sapa pon mau igt, huhu

18. Rakan blogger yg anda nk tag?
xmau tag sape2 bule?

Friday, December 3, 2010

Umpama Perdana Menteri Swaziland

PM Swaziland? Siapa dia? Konpem dia tak kenal aku kan? ahaks~ Aku main tekan saja negara apa entah tu. Fyi, Swaziland, atau juga dikenali sebagai Ngawane atau Swatini, merupakan sebuah negara di selatan benua Afrika okeyh! (bukan Switzerland ok, kalau Switzerland, maktok aku pon tahu!) Kepada rakyat Swaziland, aku mohon share nama negara korang ok? Tak paham bahasa Melayu? I'm Sorry, Ok paham x? Tak paham jugak, pegi beli kamus dewan bahasa nuh!

Hari ini aku bertitah, bukan untuk mencoret tentang Perdana Menteri Swaziland, tetapi aku ingin berbicara tentang kehidupan aku semenjak dua menjak ini yang semakin BUZY!!! Sehinggakan aku terlupa definisi asal cuti semester iaitu satu jangka waktu dimana anda akan menghabiskan 70% waktu anda di atas katil, merenung masa hadapan, selebihnya itu untuk makan dan korek hidung, dan melepak di tempat orang ramai tanpa sebarang tujuan yang kukuh (tau2 jea duit tibe-tibe da habis), ok dah habis merepek da..

Bermula disaat aku membuka peti simpanan Gmail itu, aku membuka satu persatu sampaikan email dari Facebook pun aku bace (kerana kebosanan tahap tiada-definisi-yang-tepat-yang-boleh-menceritakan-tahap-kebosanan-aku-itu), sehinggalah aku terkejut beruk sebabnya aku mendapat email dari fakulti, aku di terima sebagai SMFakulti aku! Aku excited tak ingat dunia weyh! Ok aku tipu, aku taklah excited mana pun, cuma sampai habis kredit aku bagi tahu satu kampung jiran tetangga aku saja aku dapat SMF.

Sejak daripada itu, semuanya berubah, kucing tidak lagi mengembek, makcik goreng pisang tidak lagi menjual tudung shawl, Anuar Ibrahim menjadi kurniaan Tuhan, (ok terlebih suda, back to reality). Sejak aku jadi SMF ini, busy gilos weyh, pack gler schedule aku, kalau aku pun da busy camnie, agak-agak PM kita DS Najib, busy dia agaknya macam mana ekk? Busy tahap tiada-definisi-yang-tepat-yang-boleh-menggambarkan-tahap-busy jugak kowt.. huhu..

Ok da settle satu ceritera suda. Aku nak cerita pasal handphone plak, aku dapat BelakBeri weyh!!! Diharapkan hujan sampai ke petang, bulan pula datang bergolek.. (aku pun tak paham peribahasa tu, hohoho)  Sebenarnya aku mengharapkan handphone baru for my upcoming birthday (ceh mengharap), jadi tiap-tiap harilah aku berdoakan, dapat handphone baru, tengok-tengok semalam, my father dapat blackberry baru, tapi bukan torch la kn, jadi dier bagi blackberry lame dia kat aku.. woot woot! jeling2 dekat eliana abdul razak, ngee =D Tapi susahlah pakai handphone mahal nie, yela da biase pakai handphone yang boleh wat kol dengan taip message saje kan, pergh, habis gugur rambut aku perah otak, belajar sendiri camne nak pakai handphone mahal nie, huhu..

Blackberry Bold 9000

Wednesday, December 1, 2010

Terbengkalai!

haha, da lame den x hapdet aku nye blog nih! aku tinggalkan sementara waktu disebabkan jadual waktu yg t'lalu padat untuk sebulan dua nie, huhu.. aku bukak-bukan blog aku nie tadi, ingatkan ade ape2 perubahan, follower jadi seribu ke ape kan, tengok-tengok dok takat tuh jea, nampak sgt aku nie low profile xfaymes, haha..

xpe, insyaallah aku sebelum bulan depan, aku akan aktif semula berblogging! hoho..


Thursday, November 18, 2010

Restoring My Good Old Life =)


Haha, afta beberapa minggu kemurungan, akhirnya my life is back on track bebeyh! hohoho.. Mungkin aku menerima cahaya Aidiladha semalam kowt?!! haha, insya-Allah, semua itu ketentuan ilahi, & sekiranya betul, alhamdulillah~ Tapi betul apa, Aidiladha mengajar kita untuk membuat pengorbanan, & I did kena buat pengorbanan juga untuk meneruskan hidup.. hohoho!

It all started semalam, when I had my chit chat with my bestie, Elly, I realized apa yang aku missing selama ini, that is "someone who I could share my happiness with!" But best-friends is very hard to find nowadays, right? Yet, sacrifice must be done, and life must goes on.

btw, thanks Elly Abdul Razak for your time <3 <3

 sekiranya ada sebarang kutukan, sila lakukannya diruangan "Sila Mengumpat disini" ------>

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

"Mr.Lembu" the cow
Mood: Badly need some inspiration from somewhere.. huhuuhu

Sunday, November 14, 2010

MUET: apa sudah jadi?

Wah! bengangnye~ Muet tadi aku xleh wat weyh. Mengapakah? Apakah? Bagaimanakah? Oh! Tidak~ Harap-haraplah lepas (xmau wat balik, huhu). First-first paper reading, walaupun tak cukup masa, tapi still ade confident boleh buat. Lepas tu paper writing pula. Dapat-dapat saje soalan, aku terdiam terpaku weyh! Soalan ini mintak aku wat apa weyh? soalan dua lagi wat aku tergamam terkoma 2 minit, dia suruh wat karangan pasal "Arrange Married". Aku tak kawen lagi, harap maklum! huh (>.<) Aku tak tau apa yang aku suda mengarut time writing tu, menakutkan~ Habis saje paper writing, aku terus takde semangat perjuangan lagi dah. Paper last, paper listening, aku main bantai jea, buat ala kadar saje, hukhuk.. T.T

Habislah aku, aku tak nak wat balik, cukuplah lesen motor kene repeat tiga kali, aku tak sanggup nak repeat Muet. Takpa, think positive, cik Najwa Zolkiflt habaq, klau aku dapat band 8, dier nak belanja aku, hohoho...
.

Reading, Writing, Listening

Btw, pengawas yang jaga muet aku sebentar tadi, merupakan makcik aku!! Berbangga aku, hohoho.

Wednesday, November 10, 2010

Domo-kun!

Semalam, semasa aku dilanda virus kebosanan yang teramat sangat-sangat, jadi aku browse through segala apa yang ada dekat facebook. Habis semua profile-profile member-member aku dekat fb tu aku geledah. Geledah punya geledah, sampailah dekat profile si Afiey Anuar nie, aku tiba-tiba diam terpaku 5saat.. Comey gilos dia punye profile picture dia. Nie gambar profile pic dier:
mohon menyewa gambar ini ye cik Afiey
Comey gila kan? First time aku tengok menatang nie time Teah belikan patung Domo ini dekat Ayip. & aku da lama tau si Afiey ni dok gilakan Domo nie, tapi tah kenapa gambar ini wat aku terpesona seketika.. Jadi, apa lagi, aku google la, apa itu Domo.


What is Domo?
Domo-kun is a small brown open-mouthed monster hatched from an egg who lives with a wise old rabbit underground. He really, really likes TV and also enjoys rocking out to Guitar Wolf. Domo-kun is the official mascot of Japan's NHK television station, appearing in several 30 second stop-motion interstitial sketches shown as station identification during shows.(cardhouse, 2010)

The name "Domo" was acquired during the second episode of his show in which a TV announcer said, "dōmo, konnichiwa", which is a greeting meaning something along the lines of, "Well, hello there!", but which can also be interpreted as "Hello, Domo!", and thus is a convenient pun (dajare). The kun suffix on "Domo-kun," the name used to describe the character in the Japanese versions, is a Japanese honorific often used with young males. (wikipedia, 2010)

Domo was first introduced in Japan in a series of 30-second station identification spots. According to NHK, Domo-kun is recognized by 90% of Japanese schoolchildren. The egg probably originates from the egg-shaped rings of the NHK logo (made eggy in 1995). 


 

p/s: credit to Afiey Anuar, powered by google, wikipedia & cardhouse.com

sekiranya ada sebarang kutukan, sila lakukannya diruangan "Sila Mengumpat disini" ------>

Penduduk "zoo" Taman Melawati

to AfieY anuar:

hahaha.. Aku da lama nak post benda alah nie, tapi asyik lupa saja. Di sebabkan malam semalam aku diingatkan oleh cik Afiqah Anuar kita ini, jadi hari ini satu hari dok kejar hamster2 aku sini sana, semata-mata nak dapatkan gambar dorang.. fuh! leteyh den.. (camne la ekk rase nye nak kejar anak-anak ramai satu hari nanti? ngee~ =P )

Introducing:
the famous one "Ketot"
Dia faymes bukan sebab ape, sebab dier ada satu-satunya penghuni rumah sewa seksyen 17 yang xbayar2 duit sewa, hehehe.. Dinamakan dier ketot, sebab dier paling ketot & suka main "wheel" tu pastu terpelanting sebab laju sangat.. =.='

nextttt!:
Apek & Nyonya
dinamakan sebagai apek, sebab muke dier macam apek cine weyh! Dier paling nakal sekali, sebab suka wat sepah rumah aku, huh! (>.<) Dorang dua nie selalu akan wat aktiviti riadah bersama, serious weyh! Minum air same2, makan same2, lepak dalam rumah same2.

last but not least:
Mok & cik Putih


Bagi nama die Mok sebab dier gemok, yang berwarna kuning tuh! Dia paling suka buang tebiat sekali, suka makan sambil baring (perhatikan gambar diatas) & suka di geletek, serious.. & dier juga menjadikan wheel tu sebagai tempat tido dier =.="

p/s: maaf gambar tak cantik, aku takde DSLR. Sila klik gambar untuk kepuasan maksima. =)

Bam bam boom! O.o

Ini post yang keberapa puluh ratus entah untuk hari ini. Ini jelas menunjukkan aku terlalu teramat sangat bosan giler. Apelah nak wat yekk, nasib badan. Habis satu internet nie aku jelajah, sebab bosan punya pasal. Dalam keadaan bosan tu, tiba-tiba aku teringat satu video favourite Imal. Enjoy~

Tuesday, November 9, 2010

Shisha Lebih Bahaya Dari Rokok?

Orang cakap (espeacially perokok tegar sekalian), shisha lebih bagus daripada rokok, baik untuk kesihatan (maksudnya tak bahaya macam rokok la). Tambah dorang lagi, shisha nie lagi layan, disebabkan banyak asap & perisa mint tu menusuk kalbu, sampai besok pagi bangun tidur pon masih terasa lagi (entah, aku tak tahu sejauh mana kebenarannya). Recently, aku ada terbaca salah satu post dalam Facebook berkaitan shisha ini (Sorrylah, aku tak ingat siapa yang post).

he wrote:
"Masa sem satu dulu, aku selalu lepak-lepak dengan member aku kat Melaka untuk hisap shisha. Tapi aku tak isap. Biasanya orang yang merokok kalau pergi mesti hisap shisha. So, aku tak lah sebab aku tak merokok. Actually, masa semester satu lah first time lah aku tau pasal shisha. Kalau tak kerana ikut member aku jalan, memang tak tahu lah apa benda shisha tu. So, ada lah sekitar 10 kali aku lepak-lepak kat tempat shisha. Then selepas tu, dah tak ada orang nak pergi shisha dah.

Actually, aku sangkakan yang shisha ni bagus sebab alternative kepada rokok yang bahya gila. But then, aku baru tahu dari Malajah Maskulin yang shisha adalah dalam 400 kali ganda lagi bahaya dari rokok. YA 400 KALI WTF. WTF. Tapi tu lah, stylo gila kan bila cakap ayat "400 kali ganda". Biasa sebut dua atau tiga kali ganda ni. Tapi ni dah main beratus-ratus dah.

 
What the hell is shisha?
Sebenarnya, shisha ni ada banyak di jual kat kedai-kedai makan yang tidak berstatus restoran. Kalau kat Kuantan, yang dekat rumah aku, shisha mesti hanya di jual kat warung. Nak cari shisha kat restoran agak susah (mungkin kat kuantan sahaja). Shisha ni kiranya macam ganja arab lah bentuk dia. Dah macam bong dah panjang dia. Menggunakan arang tembakau sebagai bahan bakar dan sirap pekat sebagai perasa. (macam oren Sundquist atau rebina yang kena bancuh tu.)

Nama lain bagi shisha adalah hookah, sheesha, shisa, okka, kalyan, ghelyoon dan ghelyan.

Kenapa shisha best dan sedap?
Dari apa yang aku tengok lah kan, ramai suka shisha sebab shisha ada asap banyak. Macam feel je sedut, then hembus. Sekali hebus, berkepul-kepol asap keluar. Dah macam asap fogging bunuh nyamuk denggi dari rumah ke rumah dah. Memang perh. Memang stylo. Lagi satu, shisha ni ada banyak jenis perasa. Ada perisa anggur, epal, watermelon, strawberry. Dan yang bestnya, kebanyakkan perisa adalah mints. Kira macam hisap Dunhill menthol lah kononya. Dan perisa boleh di campur-campur.

Pastu, biasanya, yang pergi shisha ni akan pergi ramai-ramai. Dieorang akan share-share satu shisha tu ramai-ramai. Satu shisha boleh adalah dalam 10-12 ringgit. Oh, ya satu session shisha, boleh cecah satu jam. So, memang jauh lagi lama lah dari rokok. Memang puas.


Satu lagi sebab shisha tu sedap adalah sebab shisha bahaya untuk kesihatan. Biasalah, benda-benda bahaya memang sedap kan?

Kenapa shisha bahaya untuk kesihatan?
Shisha menggunakan tembakau yang di peram. Which is lagi bahaya. Dan juga arang. Arang adalah antara benda yang boleh trigger cancers. Sama macam makanan yang korang tak reti masak lah. Korang masak ayam, pastu hangus hitam. Korang makan juga hangus tu tanpa korang tahu yang hangus tu adalah amat berbahaya untuk diri anda yang boleh trigger cancers. Bab-bab tak pandai memasak ni mesti perempuan.

Macam rokok juga, shisha pun ada toksin yang tertentu. Dan air dalam shisha tak boleh tapis toksin-toksin yang ada.

Asap shisha memang banyak. Memang cool kalau tengok. Kalau semua hisap masa tengah malam yang hening dan sejuk, memang dah boleh berangan duduk di tempat sejuk dan asap tu dah boleh jadi macam kabus dah. Serious asap shisha banyak gila. Tapi asap shisha ada banyak benda-benda yang sedap yang ramai tak tahu. Contohnya, tar, carbon oxide, zink, nikotin dan carcinogen. Ya, carcinogen antara bahan yang paling sedap sebab dia boleh trigger sel kanser.

Penyakit yang boleh di hidapi oleh kaki shisha
Macam yang aku cakap kat atas-atas tadi, penyakit yang korang paling tak nak kena adalah kanser. Then bagi lelaki, penyakit yang korang memang tak nak kena adalah kemandulan dan kegagalan 'barang' (Denver) anda untuk berfungsi. Memang tak payah jadi lelaki lah kalau Denver korang tak berfungsi.

Penyakit lain adalah sakit jantung dan stroke. Semuanya di sebabkan nicotine.

Dan penyakit lain adalah emphysema yang boleh membawak kepada pneumonia yang bila dah sampai satu tahap, korang tak boleh di ubati dan hanya hidup menggunakan tiub udara di sebabkan masalah di dalam paru-paru dalam kes nak terima oksigen.

Dan satu lagi, kes sharing is caring. Kalau korang hisap shisha kat kedai-kedai, agak-agak, dia basuh cuci-cuci tak pipe penyedut shisha tu?

So, bagi yang kata hisap shisha sebab tak nak hisap rokok yang rokok tu lagi bahaya, memang silap. Macam yang aku cakap tadi, shisha adalah 400 kali ganda lagi bahaya dari rokok biasa. So, aku tak faham, mana datangnya isu hisap shisha lagi menyihatkan.

Jangan hisap shisha, jangan hisap rokok. Banyak lagi benda sedap yang korang boleh hisap. Choki-choki misalnya. "

My Comment:
Entahlah, sejauh mana kebenarannya. Aku pun tak pernah merasa dan aku sudah pun berjanji pada diriku untuk menjauhkan diri dari benda-benda macam ini. ^.^v

Monday, November 8, 2010

sarang hae yo (I Love You in multiple versions)

seghonok aku hari nie main google translate.. hoho


translation in other language:
Afrikaans:  Ek het jou lief / Ek's lief vir jou
Arabic (Egyptian):
to a man - (ana uħibbuk)
to a woman - (ana baħibbik) 
Arabic (Modern Standard): 
to female - uḥibbik
to male - m uħibbak
Catalan: T'estimo
Chinese:
Cantonese: ngóh oi néih
Mandarin: wǒ ài nǐ
Shanghainese: nguh eh non
Taiwanese: gua2 ai3 li2
Croatian: volim te
Danish: Jeg elsker dig 
Dutch: Ik hou van je 
Estonian: Ma armastan sind
Fijian: Au domoni iko
French: Je t'aime/ Je t'adore
German: Ich liebe Dich
Hawaiian: Aloha Au Ia ʻOe/ Aloha No Au Ia ʻOe 
Hindi:
male - Maiṅ tumse pyār kartā hūṅ
female - Maiṅ tumse pyār kartī hūṅ
Italian: Ti amo
Japanese: daisuki desu
Jawa: aku tresnasliramu
Korean: sarang hae
Latin: Te amo 
Mongolian: Bi chamd khairtai
Nepali: ma tapainlai maya garchu
Spanish: Te amo / Te quiero
Swedish: Jag älskar dig 
Tagalog: Iniibig kita
Tamil: nān unnai kādhalikkiren
Thai:
male - phom rak khun
female chan rak khun
Turkish: Seni seviyorum
Vietnamese:
to male - Em yêu anh
to female - Anh yêu em 

dah, shush-shush, pi ucap kat pakwe/makwe hampa tuh!hahaha

Friday, November 5, 2010

kipas alaf baru

Wah!! Best nye dapat baring atas katil yang dipenuhi dengan bantal yang empuk, makan free, pinggan tak payah basuh, baju tak payah nak tunggu turn, nak balik rumah tak payah nk mendaki tangga sampai 5 tingkat, nk online, tak payah nak kena tunggu connect dari broadband, otak tak payah pikir apa-apa (sampai next sem), sebabnya aku berjaya jua jejak dua belah kaki aku didalam sebuah rumah yang dimiliki oleh kedua ibubapaku (lagi, aku tak payah pikir pasal duit sewa rumah lagi da), hohoho... syok weyh!! (kepada rakan-rakan yang masih ade paper, teruskan semangat korang!! chaiyok2! *wink2*)

Sebenarnya, aku bukan nak cerita tentang faedah aku dapat menjejakkan kaki dirumah, tapi aku nak cerita satu benda ni, tadi, on the way balik rumah, aku dan mak aku singgah Bangsar sekejap. Awal motif kite orang sebenarnya nak makan je, tapi biase la wanita feminin, da sampai shopping complex, macam tak logik kan kalau tak shopping, paling kurang pon window shopping.. Jadi seperti biasa la, aku follow saje la mak aku shopping. Aku memang suka follow orang shopping nie, memang hobi aku, sebab dapat cuci mate, hahaha! 

Jadi tadi, mase tengah jalan-jalan window shopping, aku tertarik dengan satu kipas nie.. Canggih weyh! Kipas tu tak ade kipas, tau-tau terase angin.. Aku tergamam & terpaku wat sementara waktu melihat kecanggihan kipas tersebut. Aku nak tangkap gambar kipas tu sebagai bahan bukti, tapi promoter kedai tu tengok aku semacam je, terus tak jadi nak tangkap.

Kipas alaf baru

Kipas tu takde bilah langsung, tau-tau jea rase sejuk jea, huhu.. Sebenarnya, aku bukanlah jakun dek kerana kecanggihan teknologi zaman sekarang, tapi aku sebenarnya kagum dengan enterpreneurs yang ada di muka bumi ini.. Camne idea-idea menarik cenggini boleh tetibe muncul dalam kepala dorang yang separa botak tu. Kenapalah time projek ent aritu, tak terfikir pon idea-idea cambest cenggini. THUMBS UP TO ALL ENTERPRENEURS AROUND THE WORLD.

Thursday, November 4, 2010

reactivating

haha! setelah berkurun lame membiarkan blog ini berhabuk & berdaki sini sana, akhirnya selepas mengharungi hari-hari yang dipenuhi project, presentation & final exam yang cibai takde gap langsung! berjaya juga akhirnya aku reactivate account facebook & blog gue...


lepas nie jangan nak ngumpat aku la ye cakap aku nie takde life ke, carik perhatian ke, sbb aku akan mengalami satu tempoh yang sangat bosan, iaitu tempoh dok kat rumah, bosan takde nak wat ape-ape, huhuhuhu... jadi, insyaallah aku akan update blog aku ni hampir setiap hari, hahahahaha!!!! 

ape-ape pon, aku mau wish good luck kepada kawan-kawan aku yang tengah berkerut dahi, mata lebam (sebab tak cukup tido) menghafal segala buku teks sebab xhabis lagi paper, hahaha...


Monday, September 13, 2010

Illuminati Menyerang Anda


Sudah masuk raya keempat, kehangatan raya masih lagi terasa. Budaya kujung-mengunjung masih lagi diamalkan di segenap pelusuk negara kita. Banyak rancang menarik ditayangkan di televisyen bagi memeriahkan lagi suasana raya ini, tapi sedarkah kita tentang kehadiran Freemason @ Illuminati ini sedang meracuni anda secara diam??

Aksi Noh Hujan
Pada raya kedua yang lalu, sedang aku kebosanan dirumah, aku menghabiskan masa aku dengan menonton rancangan2 yang menarik di televisyen. Aku tertarik dengan satu rancangan ini yang disiarkan oleh TV2 di sekitar waktu tengahhari, waktu puncak untuk sanak saudara berkumpul untuk menonton televisyen. Nama rancangan itu adalah "Hujan vs Bunkface". Aku kehairanan kenapa rancangan sebegini ditayang pada waktu raya sedangkan banyak lagi rancangan menarik yang boleh dipertontonkan, mungkin mereka mahu menarik perhatian para remaja yang gilakan kumpulan Hujan dan Bunkface ini.

Pakaian Noh Hujan
Bukan rancangan itu yang menjadi persoalan utama aku, sebenarnya aku tertarik dengan pakaian yang dipakai oleh Noh Hujan di sepanjang konsert itu. Kebanyak daripada kita sudah mengetahui, lambang yang tertera pada pakaian Noh itu adalah lambang Illuminati @ Freemason. Sengaja atau tidak sengaja?? Tali gitar (kotak2 hitam putih) yang dipakai oleh Noh juga adalah Master Carpet @ the Checkered Floor yang sangat berkait dengan Illuminati ini.
Tali Gitar Noh Hujan

Jika kita imbas kembali AJL 24 yang lepas, persembahan Hujan ketika mendendangkan lagu Aku Scandal, juga dipengaruhi banyak dengan unsur2 Illuminati ini. Yang menariknya, pada AJL 24 yang lpeas, bukan  Hujan saja yang membawa unsur2 illuminati ini, namun konsep kesuluruhan AJL 24 itu dari awal rancangan sehingga ke akhirnya juga dipengaruhi oleh unsur2 illuminati ini.


Lady in red

Mirip Zaman Pharoah dulu kala

Berikut adalah lambang kumpulan muzik di Malaysia yang dipengaruhi lambang Illuminati:

Hujan dan Search
IA TIDAK BERAKHIR DI SITU SAHAJA...

Ingat tak lagi video yang pernah aku post di facebook aku berkaitan kontroversi iklan raya TV3 suatu ketika dahulu? Kalau tak ingat, tidak mengapa.



Iklan diatas telah menimbulkan kontroversi apabila iklan ini mempamerkan juga unsur2 illuminati.

Iklan Raya yang seakan-akan Chrismas
Iklan yang seakan-akan sambutan Chrismas ini, juga mempunyai pelbagai maksud tersirat disebaliknya.

Tulisan Jawi Diterbalikkan
  1. Beca Merah - Kenderaan Santa Claus
  2. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
  3. Pokok Chrismas - Simbol Paganism
  1. Bersongkok Putih - POPE (Ketua agama Kristian)
  2. Perlawaan masuk ke beca - perlawaan masuk agama Kristian
Pulau Pinang - tempat Illuminati mula bertapak di Malaysia
Kuala Lumpur - tempat Illuminati bersarang di Malaysia
Awan Men'salib'kan menara setiap penjuru Masjid
Klik untuk imej lebih besar

Nabi Muhammad SAW telah bersabda didalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmidzi bermaksud, "tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan antara Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARDAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi"


Iklan Aidilfitri mirip perayaan Buddha
Disengaja atau tidak sengaja, sahih atau tidak sahih, hanya Allah saja yang tahu kebenarannya sejauh mana. Kita sebagai umatnya haruslah tingkatkan takwa dan ilmu kita supaya tidak tersesat di jalannya. Aku di sini hanya mampu menyampaikan apa yang termampu. Sebagaimana aku telah ceritakan, blog ini akan aku gunakan sebagai menyampai infomasi dunia aku, dunia bola dan hal keduniaan.

resources:
http://www.izoblog.com/isu-semasa/kontroversi-iklan-raya-aidil-fitri-tv3-2010-iklan-raya-1malaysia
http://meoriszwan.blogspot.com/2010/09/noh-hujan-freemason.html
http://meoriszwan.blogspot.com/2010/09/kontroversi-iklan-raya-tv3.html