PM Swaziland? Siapa dia? Konpem dia tak kenal aku kan? ahaks~ Aku main tekan saja negara apa entah tu. Fyi, Swaziland, atau juga dikenali sebagai Ngawane atau Swatini, merupakan sebuah negara di selatan benua Afrika okeyh! (bukan Switzerland ok, kalau Switzerland, maktok aku pon tahu!) Kepada rakyat Swaziland, aku mohon share nama negara korang ok? Tak paham bahasa Melayu? I'm Sorry, Ok paham x? Tak paham jugak, pegi beli kamus dewan bahasa nuh!
Hari ini aku bertitah, bukan untuk mencoret tentang Perdana Menteri Swaziland, tetapi aku ingin berbicara tentang kehidupan aku semenjak dua menjak ini yang semakin BUZY!!! Sehinggakan aku terlupa definisi asal cuti semester iaitu satu jangka waktu dimana anda akan menghabiskan 70% waktu anda di atas katil, merenung masa hadapan, selebihnya itu untuk makan dan korek hidung, dan melepak di tempat orang ramai tanpa sebarang tujuan yang kukuh (tau2 jea duit tibe-tibe da habis), ok dah habis merepek da..
Bermula disaat aku membuka peti simpanan Gmail itu, aku membuka satu persatu sampaikan email dari Facebook pun aku bace (kerana kebosanan tahap tiada-definisi-yang-tepat-yang-boleh-menceritakan-tahap-kebosanan-aku-itu), sehinggalah aku terkejut beruk sebabnya aku mendapat email dari fakulti, aku di terima sebagai SMFakulti aku! Aku excited tak ingat dunia weyh! Ok aku tipu, aku taklah excited mana pun, cuma sampai habis kredit aku bagi tahu satu kampung jiran tetangga aku saja aku dapat SMF.
Sejak daripada itu, semuanya berubah, kucing tidak lagi mengembek, makcik goreng pisang tidak lagi menjual tudung shawl, Anuar Ibrahim menjadi kurniaan Tuhan, (ok terlebih suda, back to reality). Sejak aku jadi SMF ini, busy gilos weyh, pack gler schedule aku, kalau aku pun da busy camnie, agak-agak PM kita DS Najib, busy dia agaknya macam mana ekk? Busy tahap tiada-definisi-yang-tepat-yang-boleh-menggambarkan-tahap-busy jugak kowt.. huhu..
Ok da settle satu ceritera suda. Aku nak cerita pasal handphone plak, aku dapat BelakBeri weyh!!! Diharapkan hujan sampai ke petang, bulan pula datang bergolek.. (aku pun tak paham peribahasa tu, hohoho) Sebenarnya aku mengharapkan handphone baru for my upcoming birthday (ceh mengharap), jadi tiap-tiap harilah aku berdoakan, dapat handphone baru, tengok-tengok semalam, my father dapat blackberry baru, tapi bukan torch la kn, jadi dier bagi blackberry lame dia kat aku.. woot woot! jeling2 dekat eliana abdul razak, ngee =D Tapi susahlah pakai handphone mahal nie, yela da biase pakai handphone yang boleh wat kol dengan taip message saje kan, pergh, habis gugur rambut aku perah otak, belajar sendiri camne nak pakai handphone mahal nie, huhu..
Blackberry Bold 9000 |
No comments:
Post a Comment