Tuesday, December 14, 2010

Anda Minda Kelas Berapa?

Berdasarkan kajian ahli psychologist, neurologist & zoologist, berikut adalah tahap pemikiran manusia:
__________________________________________________

Kelas 1: Selalu memikirkan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah. Mereka sentiasa berfikiran panjang dan sentiasa positif walaupun menghadapi onak duri, rintangan, cabaran, dugaan dan sewaktu dengannya. Mereka ini selalu di anggap sebagai golongan skema oleh orang-orang pemikiran tahap 3 ke bawah.

Kelas 2: Selalu bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku. Mereka selalunya merupakan sejarahwan kerana selalu mengkaji tentang sejarah dan kisah lampau.

Kelas 3: Selalu bercerita tentang kelemahan orang lain. Mereka selalu menyalahkan orang lain sekiranya satu-satu perkara berlaku. Mereka jarang memikirkan satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan satu-satu perkara, sebaliknya hanya mampu menunding jari ke arah orang lain.

Kelas 4: Selalu memikirkan nasid diri. Mereka merupakan golongan yang jarang memikirkan jalan penyelesaian untuk memperbaiki diri. Selalunya sekiranya satu-satu musibah berlaku, mereka akan diam, pendam dalam hati, menyalahkan diri sendiri, dan kadang-kala akan menangis bila keseorangan memikirkan nasib diri. Golongan ini juga selalunya mudah putus asa dan tidak mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Mereka juga senang dipengaruhi dan mudah putus asa mendengar kritikan orang lain.

Kelas 5: Selalunya tidak pernah memikirkan apa-apa. Tidak mengambil tahu keadaan semasa dan keliling. Selalu buat hal sendiri. Jarang berkomunikasi dengan orang lain. Tidak pernah ada hasrat untuk memperbaiki atau menyelesaikan satu-satu masalah.
__________________________________________________

Jadi, korang dah tahu pemikiran korang sekarang berada pada tahap mana? Kalau tak tahu, sila pergi ke klinik-klinik atau farmasi berhampiran, ahaks~

Komen: Inilah yang mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir pernah berhasrat, membuat anjakan paradigma terhadap pemikiran orang Melayu, menaiktaraf cara pemikiran orang Melayu, sebabnya dia nampak kebanyakan pemikiran orang Melayu berada pada tahap Kelas 4 & 5!! Jadi, sama-samalah kita membuat anjakan paradigma terhadap pemikiran kita untuk kebaikan bersama. ^^


No comments:

Post a Comment