Monday, February 21, 2011

12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...


12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.


Sunday, February 20, 2011

saya tak faham cikgu!

Kali nie post saya ingin meluahkan perasaan dan hati saya, haha. Sebabnya saya jadi lagu tu, sebab saya tak tahu nak cerita kat sapa2 lagi da weyh~ Nak post kat fb, nanti ade orang kutuk, post kat twitter, pendek sangat, xleh nak post panjang2, nak cerita kat din? baik aku cerita kat makcik cleaner, nak cerita kat kaunselor? erkkkk.. dorang cuti, xsabar nak undi calon mpp nanti, hahaha... Post kali nie, korang tutup mate aje la ekkk.

Suatu hari di kelas 5 Dinamik, saya berkata, "Saya tak faham cikgu!". Cikgu membalas, "Apa yang kamu tak faham? Cikgu tak start ajaq lagi pun!". saya, "saya pun tak faham apa yang saya tak faham, bole cikgu bagitau apa yang saya x faham? huhu"..

oke, da habis mengarut. Sebenarnya, saya tak faham dengan hati orang. Kadang-kadang, apabila saya mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami hati mereka, sampaikan saya sendiri konpius. Kadang-kadang mereka ok, kadang-kadang depan cakap "oke! oraite! (sambil tersenyum lebar semanis senyuman Paris Hilton)" tapi belakang, amboi kutuk sampai tak ingat dunia sambil makan kerepek pisang . Kadang-kadang mereka kata, mereka sayangkan kita, tapi jauh dalam dasar hati mereka, nama kita pun tak ingat sebenarnya. Kadang-kadang mereka caring giler pasal kita, rase sweet jea kengkadang, tapi balik rumah, they don't even give a damn, tido lagi bagus. Kadang-kadang mereka cakap, "I have your back! chaiyok2 =)", hah memanglah, pastu bila saya wat keje sorang2 jea, then u show your back. 

Penat weyh! Rase mau makan coklat dari langkawi, kerana ia mampu merangsang hormon happy! Hana tolong beli sekilo!


Haha, beselah, asam garam kehidupankan? Ada yang ok, ada yang oraite, ada yang rase macam mau lempang laju2 jea! Every different person has different heart, that's what make the world the best place to live.  Itulah yang wat kehidupan kita ceria selalu kan? hmm~ kalaulah kehidupan ini semudah abc.

Sunday, February 6, 2011

Gadis Gitar

As I browse through youtube sambil mendengar lagu, (sebab bosan gila tengah2 malam nie =( ) tiba-tiba terpasang sy sebuah cover video, from Najwa Latiff. At first, sy pelik, who is this girl? comel jugak beliau. So, I gv it a try.. perghhh, syahdu giler + kesunyian malam (bunyi cengkerik belakang rumah), terpesona dengan kehebatan budak kecik nie petik gitar. Dari mana huh dia belajar nie? Tolong tunjuk ajarku sifu! hoho.. Suara dia boleh tahanlah, tapi takleh lawan awek aku, Ana Raffali, jauh panggang dari api! (Ketot, pinjam ayat, haha) Nak ikutkan, Ana Raffali pun dulu asalnya daripada YouTube jugakkan? Tak tahulah sejauh mana kebenarannya, sebab tak pernah plak terserempak dia kat YouTube tu, yang pasti, saya pernah tengok konsert dia live lagi sebelum dia naik jadi artis lagi, hohohoho..

Najwa Latif
so! here's the preview of who am I mumbling about! Presenting, the gadis gitar, Imratul Najwa Latif!


nak tengok semua lagu-lagu dia? nah amek!
http://www.youtube.com/user/najwa595#p/a/u/1/La2moikpI7k

Wednesday, February 2, 2011

Chaos in Cairo

egypt, 1 Feb 2011 - eceh, macam dalam surat khabar pulak kan? Aku suka headline "Chaos in Cairo" tu, ala-ala misteri gitu~ ahaks =P... Dalam kita disini melayani kesibukan di kota, ada yang mengambil peluang cuti seminggu ini untuk merehatkan minda, melepak dengan teman lama, mengambil masa untuk memperbaiki diri, sedar atau tidak sedar bahawasanya di Mesir, berlakunya huru-hara, nak kata ala-ala darurat jugalah melihat keadaan disana. Dengan penjara-penjara dipecahkan, tunjuk perasaan sini-sana menunjukkan protes mereka terhadap presiden mereka, Hosni Mubarak.

Beliau telah memerintah negara tersebut selama 30 tahun, tetapi rakyatnya sudah tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan kemiskinan, penindasan, kadar pengangguran yang tinggi, dan juga penyalahgunaan kuasa polis. Mereka inginkan perubahan.

Bermula pada 25 Januari yang lepas, para pemerotes berkumpul di Taherah Square selepas di seru oleh kempen internet "Day of Revolt". Sejak hari itu, mereka menunjuk perasaan di bandar-bandar utama di Mesir seperti Cairo, Alexandria dan sebagainya. Lapangan terbang Mesir juga menerima lambakan orang asing memenuhi yang menanti flight mereka pulang ke tanah air masing-masing kerana khuathir dengan keselamatan di sana.

Sehingga ke hari ini, di jangkakan lebih daripada 100 orang telah terkorban dek kerana pemprotesan tersebut. Ayuh, marilah kita sama-sama mendoakan, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia yang berada disana, malah untuk seluruh umat manusia disana selamat, negara Mesir kembali aman dan sejahtera.

Sementara itu, di Johor dan Melaka, mengalami satu lagi ujian Ilahi, yakni banjir dek kerana hujan lebat seharian beberapa hari yang lepas. Sama-samalah juga kita mendoakan agar tidak ada yang terkorban, dan keadaan cepat beransur pulih.



p/s: syukur kita hidup di Malaysia masih dalam keadaan aman & damai.. vote for peace ^^

Tuesday, February 1, 2011

New zodiac sign 2011: so, I'M A SAGITTARIUS!


Zodiac SignsNew Zodiac Dates 2011Old Zodiac Dates
CapricornJanuary 20 - February 16December 22 - January 20
AquariusFebruary 16 -
March 11
January 20 - February 19
PiscesMarch 11 -
April 18
February 19 -
March 20
AriesApril 18 - May 13March 20 - April 20
TaurusMay 13 - June 21April 20 - May 21
GeminiJune 21 - July 20May 21 - June 21
CancerJuly 20 - Aug 10June 21 - July 23
LeoAugust 10 - September 16July 23 -
August 23
VirgoSeptember 16 - October 30August 23 - September 23
LibraOctober 30 - November 23September 23 - October 23
ScorpioNovember 23 - November 29October 23 - November 22
OphiuchusNovember 29 - December 17~
SagittariusDecember 17 - January 20November 22 - December 22

Saya tak pernah paham apa motif zodiac semua ini, tapi dengan kemunculan zodiac yang baru, saya adalah sagittarius, awak Pieces, ngee~~ ^-^v

resources: http://www.buzzle.com/articles/new-zodiac-signs2011.html

new year resolution! =)

hey!!! saya suda kembali!! hahaha... berkurun lama suda x update blog nie.. bz weyh kehidupan sorang mahasiswa yang sewel nie, da bole jadi senget da,, ponat2~ Bila lama da tak update blog nie, rase malas gilos nak update balik.. tapi selepas dapat beberapa pujian dari orang ramai pasal blog saya nie (kembang hidung 2 inci sekejap), saya tetibe b'semangat kembali untuk meng'update balik weyh! Tapi dengan adanya semangat yang baru ini, saya akan membuat beberapa perubahan terhadap post2 yang bakal saya post, lebih simple dan sempoi, ahaks~

It's Mid term break bebeh! It mean you hv to enjoy urself for one week!! (ouh how I wish I could) Saya baru sahaja habis handle sebuah program fakulti melibatkan setiap cawangan seluruh Malaysia, (bapak longlai saya jadinya, penat sangat weyh).. alhamdulillah, habis sudah selesai yang baik program tersebut, juga mendapat beberapa pujian, berasa lega gila macam lepas main futsal pastu minum isotonik 7up revive weyh! Post kali ini sebenarnya bukan nak bercerita tentang pasal semangat baru ke atau nak cerita tentang program yang saya handle baru-baru ini, tapi post kali ini adalah berkenaan tentang "New Year Resolution 2011" atau di lebih dikenali sebagai "Azam tahun baru".. haha~ Orang tua pernah b'kata, "setiap tahun kite kena ada azam baru untuk kita capai, barulah hidup kite b'matlamat", tapi orang muda akan reply, "ala, azam tahun lepas pon belum tentu capai, nak wat azam baru pulak~ huhu".. oke da habis mengarut...

My New Year Resolution 2011
1. Nak dapat 3.5 or above, atau lebih dikenali sebagai, nak dapat dekan!!!
2. Menaikkan nama fakulti
3. Memastikan setiap program/event yang dikendalikan berada dalam tahap qualiti yang tinggi.
4. Nak sorang teman hidup.. && yang berkekalan hendaknya (gaya macam da ada dah sorang, tapi dia terima x agak2 nya?? errmm, renung-renungkan dan selamat beramal~)
5. menjadi seorang yang lebih peramah, tapi tak over~ oke??!!!!
6. Nak jadi orang student yang rajin.. (nie azam paling susah nie!)
7. Dapatkan sebuah telefon bimbit yang bole menaip pada screennya
8. Bole bermain sebuah lagu secara akustik sendiri (..walaupun sore memang kalah katak mengembek oke..)
9. Nak kumpul duit simpanan, (untuk kawin, masa hadapan)
10. Nak mencapai semua azam yang saya telah azamkan. (dikira sebagai azam jugak kan?!!!)

oke, cukup 10 azam dulu wat mase nie.. nanti kalau umur yang panjang, bolelah saya tambah azam saya orite... =)


p/s: tahniah kepada Ana Raffali, kerana memenangi Juara Lagu baru-baru ini, saya sangat suka lagu itu. ^^