
Beliau telah memerintah negara tersebut selama 30 tahun, tetapi rakyatnya sudah tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan kemiskinan, penindasan, kadar pengangguran yang tinggi, dan juga penyalahgunaan kuasa polis. Mereka inginkan perubahan.
Bermula pada 25 Januari yang lepas, para pemerotes berkumpul di Taherah Square selepas di seru oleh kempen internet "Day of Revolt". Sejak hari itu, mereka menunjuk perasaan di bandar-bandar utama di Mesir seperti Cairo, Alexandria dan sebagainya. Lapangan terbang Mesir juga menerima lambakan orang asing memenuhi yang menanti flight mereka pulang ke tanah air masing-masing kerana khuathir dengan keselamatan di sana.
Sehingga ke hari ini, di jangkakan lebih daripada 100 orang telah terkorban dek kerana pemprotesan tersebut. Ayuh, marilah kita sama-sama mendoakan, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia yang berada disana, malah untuk seluruh umat manusia disana selamat, negara Mesir kembali aman dan sejahtera.

p/s: syukur kita hidup di Malaysia masih dalam keadaan aman & damai.. vote for peace ^^
No comments:
Post a Comment