Kali nie post saya ingin meluahkan perasaan dan hati saya, haha. Sebabnya saya jadi lagu tu, sebab saya tak tahu nak cerita kat sapa2 lagi da weyh~ Nak post kat fb, nanti ade orang kutuk, post kat twitter, pendek sangat, xleh nak post panjang2, nak cerita kat din? baik aku cerita kat makcik cleaner, nak cerita kat kaunselor? erkkkk.. dorang cuti, xsabar nak undi calon mpp nanti, hahaha... Post kali nie, korang tutup mate aje la ekkk.
Suatu hari di kelas 5 Dinamik, saya berkata, "Saya tak faham cikgu!". Cikgu membalas, "Apa yang kamu tak faham? Cikgu tak start ajaq lagi pun!". saya, "saya pun tak faham apa yang saya tak faham, bole cikgu bagitau apa yang saya x faham? huhu"..
oke, da habis mengarut. Sebenarnya, saya tak faham dengan hati orang. Kadang-kadang, apabila saya mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami hati mereka, sampaikan saya sendiri konpius. Kadang-kadang mereka ok, kadang-kadang depan cakap "oke! oraite! (sambil tersenyum lebar semanis senyuman Paris Hilton)" tapi belakang, amboi kutuk sampai tak ingat dunia sambil makan kerepek pisang . Kadang-kadang mereka kata, mereka sayangkan kita, tapi jauh dalam dasar hati mereka, nama kita pun tak ingat sebenarnya. Kadang-kadang mereka caring giler pasal kita, rase sweet jea kengkadang, tapi balik rumah, they don't even give a damn, tido lagi bagus. Kadang-kadang mereka cakap, "I have your back! chaiyok2 =)", hah memanglah, pastu bila saya wat keje sorang2 jea, then u show your back.
Penat weyh! Rase mau makan coklat dari langkawi, kerana ia mampu merangsang hormon happy! Hana tolong beli sekilo!
Haha, beselah, asam garam kehidupankan? Ada yang ok, ada yang oraite, ada yang rase macam mau lempang laju2 jea! Every different person has different heart, that's what make the world the best place to live. Itulah yang wat kehidupan kita ceria selalu kan? hmm~ kalaulah kehidupan ini semudah abc.
No comments:
Post a Comment