Benarkah?...
Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan ditempat yg teraman dan terbaik.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar
rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada
ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki.
Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah
syahid.
Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat
pada isterinya, talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan adik-beradik
lelakinya.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang
tidak ada pada lelaki.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja :
1. Sembahyang 5 Waktu, 2. Puasa di bulan Ramadhan, 3. Taat Kepada Suaminya dan 4. Menjaga Kehormatannya."
Waspada...
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan."
Allah telah mempermudahkan jalan untuk Kaum Hawa memasuki pintu Syurga-Nya, tetapi harus berwaspada, senantiasa.....
resourse: http://www.naxious.com/?p=416
Waspada...
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan."
Allah telah mempermudahkan jalan untuk Kaum Hawa memasuki pintu Syurga-Nya, tetapi harus berwaspada, senantiasa.....
resourse: http://www.naxious.com/?p=416
No comments:
Post a Comment