Saturday, September 3, 2011

Coretan Raya: Versi Tertinggal Bas

Hah, da masuk Raya kelima ni, korang mesti ada kenangan Raya korang sendirikan? Kenangan main bunga api, mercun, curi lemang belakang rumah Pak Ali buat meriam, terngorat maknyah baju kebaya, kumpul duit raya, ada tu kumpul duit raya banyak sangat sampai boleh beli Mini Cooper sebijik (yang hot wheel tu la)

Aku tak banyak sangat cerita pasal raya ini, tapi ada satu kenangan yang tidak boleh dilupaka sampai bila-bila, sampai aku ada cucu cicit pun aku boleh ingat, boleh cerita kat dorang lagi.

*****

Al-kisahnya bermula begini, semasa itu, aku masih lagi menuntut disebuah institusi Universiti Awam jauh nun di Arau, Perlis disana. Korang tahukan universiti apa kat situ? Semasa itu minggu pertama Ramadhan, tiga minggu sebelum raya. Ramai orang berpusu-pusu beli tiket bas nak balik raya. Time tu aku dah cuak dah, takut tiket habis. Kedai tiket bas dalam kampus penuh orang berkerumum, jadi aku decide beli terus dekat pekan, stesen bas utama Kangar. Beratur bukan main panjang, macam orang beratur nak beli tiket konsert Mawi jea. Tunggu punya tunggu, akhirnya, alhamdulillah aku berjaya dapat tiket aku nak, tak silap aku tiket aku nak beli tu, hari Rabu, jam 9.30 malam, bas Transnational, dua hari sebelum raya, hari sebelum-sebelum tu habis, sold out, stock baru tak sampai lagi. Aku simpan terus tiket tu dalam beg duit, tak bawak keluar, takut tercicir atau hilang.


Minggu terakhir puasa, kampus mula lenggang, boleh dengar bunyi cengkerik dengan katak dari tingkat tiga. Hari kejadian, iaitu hari Rabu seperti tarikh tiket yang aku beli tu, aku mula packing apa yang patut, kemas bilik, sapu sampah, lap tingkap bagai, siap tolong makcik sapu sampah tu lagi angkat sampah ke tong sampah besar. Selepas maghrib, aku terus naik teksi, off to stesen bas Kangar keseorangan, yang lain awal-awal lagi dah balik. Sewaktu dalam teksi tu, aku nyanyi dalam hati "ohhh balik kampung, oohhhh balik kampung" suara aku memang tak sedap, tapi duli apa, aku nyanyi dalam hati takde siapa dengar. Time tu hati memang berdebar, excited nak balik raya, first time. Aku baru dapat merasa bagaimana orang duduk perantauan balik raya, lain macam derr rasa dier.

Tepat jam 8, aku sampai di stesen bas tersebut. Aku tak nak pergi makan malam dulu sebab takut terlepas bas punya pasal. Duduklah aku keseorangan kat situ, duduk atas beg luggage aku, sebab kerusi lain penuh. Pukul 9.15, bas aku da sampai, aku excited gila. Aku pergilah beratur nak naik bas. Jam menunjukkan 9.30, brader bas tu buka pintu, orang mula memenuhkan bas tersebut. Sampai turn aku jea naik, brader tu tahan.

"Adik, tiket nie semalam punya." kata abang bas tersebut.

Aku tersentap. "Hari ini Rabu-lah-kan?"

"Iye, betul, tapi tiket nie, Selasa" jawab abang bas tu.

"Huh? Tapi beli hari Rabu punya." Aku ke-pelik-kan.

"Saya tak tahu, adik deal-lah dengan akak kak kaunter tu." tunjuk ke arah kaunter Transnational.

Aku check tiket tu, ya! Tertulis hari Selasa. Sejenak aku turun dari bas itu, bas itu pun berlalu meninggalkan aku. Aku mula keresahan, menangis dalam hati. Aku terus berlari ke arah kaunter bas tersebut.

"Kak! Hari itu saya beli tiket hari Rabu, saya baru perasan tiket ni tulis hari Selasa kak. Bukan salah saya dia print salah tarikh. Ada tiket lagi tak sebelum Raya?" Air mata aku mula terasa hampir meleleh.

"Saya tak tahulah adik.  Hari itu beli tak check dulu ke? Nak beli tiket, da habis, semua sold out, bas tambahan pun da habis. Cuba adik tanya bas lain, tapi rasanya semua sudah habis." jawab akak kaunter tu.

Aku mula berlari tanya kepada setiap kaunter bas kat situ walaupun terpampang besar-besar dia tulis "TIKET HABIS". Hati mula rasa sebak. Time tu hati aku mula berkumandang lagu Black Dog Bone, "bila tiba hari raya, semua orang bergembira, tetapi bagiku...." Aku mula buntu tak tahu camna nak balik untuk raya, tiket keretapi suda lama habis. Aku tanya punya tanya, pergi ke satu kaunter ke sate kaunter, semua cakap habis, sampailah satu kaunter nie, aku tak ingat bas apa, tak pernah dengar pun sebelum nie.

"Semua tiket dah habislah bro. Tapi besok pagi ada satu jea tinggal, pukul 8, last, lepas tu memang da takde. Tapi kena beli tiket on the spot, takleh beli awal-awal, sebab kiteorang pun tak tahu bas jenis ape yang dorang kasi besok. Nasihat aku, besok kau datang pagi-pagi, kalau tak, kau berayalah kat stesen bas nie sorang-sorang."

Hati aku mula senyum, ada sinar harapan. Aku terus hubung saudara kawan aku, dia duduk dekat dengan stesen bas tersebut, mujur dia benarkan aku menumpang rumahnya semalaman.

Keesokkan pagi, selepas Subuh, dalam kepenatan, aku bersiap, terus ke stesen bas tersebut, beratur dihadapan kaunter bas semalam. Pelik, walaupun tidak cukup tidur, aku tak ngantok, hati bersemangat wajar nak dapatkan tiket tersebut, kalau boleh, aku nak bawak pisau, bunuh orang kalau tak dapat tiket bas tu. Pagi-pagi subuh tu, sudah ada orang berkumpul dihadapan kaunter tu. Tika dan detik kaunter tersebut buka, ramai orang berpusu dapatkan tiket tersebut. Alhamdulillah, nasib baik orang tu ingat aku, dia terus bagi tiket kat aku.

Tepat jam 8 pagi, aku naik bas, dengan hati yang sangat gembira, hati sangat berdebar untuk pulang ke rumah untuk berhari raya bersama keluarga.

Moral of the story : Sila check tiket anda selepas beli.

_________________________________________________________
Itulah kenangan Raya yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila =')

No comments:

Post a Comment