Saturday, September 3, 2011

Puasa Sunat Enam

Gembira menyambut bulan Syawal, jangan pula lupa ibadah ke pencipta kita ya? ^.~

Puasa Sunat Enam

Lafaz Niat:
Sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt.

Cara Melaksanakannya:
Menunaikan puasa dengan melakukan perkara wajib puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal. Para ulama mempunyai berbeza pendapat tentang adakah harus dilaksanakan berturut-turut atau tidak perlu, bila harus lakukan, tetapi sebaiknya adalah lakukan pada 2 Syawal sehingga 7 Syawal dengan alasan tidak bertangguh atau lupa.

Dalil Puasa Sunat Enam:
Abu Ayyub Al-Ansari r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis Sahih Muslim)

Adakah dibolehkan menyatukan niat puasa sunat enam dengan puasa qada'?
Juga terdapat berbeza pendapat, tetapi kebanyakkannya memberikan jawapan:
Dibolehkan, tetapi lebih afdal sekiranya dipisahkan dengan mendahulukan yang wajib yakni puasa qada' kemudian baru puasa sunat enam.

Apakah kelebihan kepada kesihatan?
Setelah sebulan berpuasa, sistem pencernaan badan kita telah diprogramkan, berfungsi hanya pada waktu sebelum terbit fajar, selepas itu rehat sehingga terbenam Matahari. Raya menjelma, sistem pencernaan badan kita mengalami culture shock, kita makan banyak-banyak, ketupat, rendang, kuih muih bagai. Jadi puasa sunat enam ini berfungsi sebagai persediaan badan kita kembali kepada kitaran normal.

renung-renungkan dan selamat beramal =)