Hari ini result SPM keluar. Macam biasalah, seharian kecoh orang bertanya sana sini pada yang berkenaan, result dapat berapa. Tahniah pada yang berjaya dapat keputusan yang baik.
Continue pursuing your dream by choosing the right path!!
Siapa yang letakkan mekanisma kau berjaya atau tidak? Bagi aku, kalau orang tu selama ini gagal, SPM dia hanya mampu lulus, itu pun satu pencapaian yang baik. Tiada beza pun yang straight A's atau sekadar biasa-biasa sahaja-- yang membeza-bezakan pencapaian orang itu yang menghinakan.
Yang berjaya, jangan bongkak!! Yang kurang, jangan berhenti...
Ya, aku pernah saksikan, suatu ketika dahulu, dialah legenda dalam akademik, sekarang dia berhempas pulas mencari erti kehidupan. Dan aku juga pernah saksikan, yang gagal waktu zaman hingusan, kini dia gah dipersada kedewasaan. Semua itu kan tulisan Tuhan.
Dan bagi yang orang-orang pandai, dia selalu akan tanya, "sekolah hang dapat berapa straight A's?", "sekolah aku ranking nombor berapa tahun ini?".
Aku?
Aku tak pernah ambil kisah. Aku dulu sekolah biasa, kalau sebut pun, belum tentu kau tahu.
No comments:
Post a Comment