Monday, August 4, 2014

Introvert



No, I'm not an anti-social. No, I did not hate people.

I'm just an introvert.

We have to accept that every people is different. As for me, there are nothing more precious than spending my time alone. Whether I spend the time playing video games, watch footballs, do some reading, listening to music, going out alone or even do nothing!!

I'm just happy being that way.


Understand us better:
http://www.buzzfeed.com/erinlarosa/problems-only-introverts-will-understand
http://www.huffingtonpost.com/2013/08/20/introverts-signs-am-i-introverted_n_3721431.html

Monday, March 24, 2014

#MH370 "Ended in the Loneliest Place on Earth"

404 hours of search,
26 countries of sweats,
and countless prayers.

Finally, at 10pm (Malaysian Time) today, the missing MH370 has confirmed
"ended in the southern Indian Ocean".

Heartbreaking.

Yeah, no one knows; why on earth, from Beijing, it diverted to Indian Ocean? Dekat tengah-tengah lautah pula tu. Tak masuk akal-- Ya, akal manusia.

Segala yang berlaku setinggi langit dan sedalam lautan, hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai hamba yang kerdil, hanya mampu mengangkat kedua tangan, berdoa padaNya...

Innalillahi wainna ilaihirojiuun...



Tapi mana pergi Raja Bomoh? Katanya MH370 dekat lokasi tertentu di antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan. Macam jauh jea?

Thursday, March 20, 2014

Result SPM

Hari ini result SPM keluar. Macam biasalah, seharian kecoh orang bertanya sana sini pada yang berkenaan, result dapat berapa. Tahniah pada yang berjaya dapat keputusan yang baik.

Continue pursuing your dream by choosing the right path!!

Siapa yang letakkan mekanisma kau berjaya atau tidak? Bagi aku, kalau orang tu selama ini gagal, SPM dia hanya mampu lulus, itu pun satu pencapaian yang baik. Tiada beza pun yang straight A's atau sekadar biasa-biasa sahaja-- yang membeza-bezakan pencapaian orang itu yang menghinakan.

Yang berjaya, jangan bongkak!! Yang kurang, jangan berhenti...

Ya, aku pernah saksikan, suatu ketika dahulu, dialah legenda dalam akademik, sekarang dia berhempas pulas mencari erti kehidupan. Dan aku juga pernah saksikan, yang gagal waktu zaman hingusan, kini dia gah dipersada kedewasaan. Semua itu kan tulisan Tuhan.


Dan bagi yang orang-orang pandai, dia selalu akan tanya, "sekolah hang dapat berapa straight A's?", "sekolah aku ranking nombor berapa tahun ini?".


Aku?


Aku tak pernah ambil kisah. Aku dulu sekolah biasa, kalau sebut pun, belum tentu kau tahu.

Monday, March 17, 2014

#PrayForMH370: Day 10



Maaflah, sudah hari ke-10, baru nak buat post berkaitan kehilangan MH370. Bukan tidak peka, tapi tidak kesempatan.

Misteri, keyword yang sangat sesuai dikaitkan dengan kehilangan kapal terbang MH370 pada 8 Mac 2014 yang lepas.

Bagi aku, seribu satu misteri bakal terungkai dengan mudah, jikalau misteri kapal terbang secara tiba-tiba hilang dari radar. Hijack, Sabotage, masalah mental atau konspirasi.

Tapi, kejadian MH370 ini, kita dapat lihat, siapa yang tahap kesabaran dia tinggi, siapa kuat melatah, siapa otaknya letak di lutut, siapa hanya membaca berita dari Facebook, siapa yang bijak.


Hari pertama:
Semua menghulurkan simpati pada mangsa kehilangan MH370

Hari ketiga:
Mula mengaitkan dengan parti politik.

Hari kelima:
Mula mencari kesalahan para menteri dan pihak berkuasa.




Yang tak bestnya, ada pula pihak2 yang mengambil kesempatan nak populariti. Raja Bomoh, Jasmine Johari, Jonti Roos.

Memalukan.



Monday, March 3, 2014

Kami Budak Baru Kenal Bolasepak

Setelah 38 tahun menunggu, akhirnya Manchester City berjaya menamatkan kemarau Piala Liga dengan kemenangan ke atas Sunderland semalam.

Sebagai peminat Manchester City sejak 2002, kemenangan semalam melengkapkan kejuaran keempat City dalam empat tahun. (1 Premier League, 1 FA Cup, 1 League Cup, 1 Community Shield). Kejayaan itu ditambah lagi apabila disambut dengan lebih kurang 100 orang yang hadir di NZ Curry House Wangsa Maju yang menyokong Manchester City. Yela, 12 tahun yang lalu, bila orang tanya aku minat team apa, aku cakap Manchester City, orang ingat aku buat lawak. Gathering semalam di anjurkan oleh kumpulan peminat Manchester City Malaysia yang mana ahlinya terdiri dari peminat-peminat dari seluruh Malaysia.

Harap dengan kejayaan demi kejayaan, Manchester City dapat tawan bolasepak dunia.

Tapi belum apa-apa lagi, ada suara-suara sumbang yang mengatakan, kami "budak baru kenal bolasepak". Mereka kata, kononnya bila Manchester City naik, baru nak sokong.

Siapa yang cakap tu, takpalah, taknak bagitahu, cuma clue dia, pasukan dia tak mampu menangi apa-apa musim ini, dan dia berwarna merah.

"Kami Budak Baru Kenal Bolasepak"
Antara yang hadir:


2 March 2014 | Manchester City 3-1 Sunderland:

Yaya Toure with the stunning equaliser from outside the box
Man of the Match performance by Samir Nasri putting the Blues ahead
City's 3rd from Jesus Navas sealed it off
The Captain Marvellous lift City's 3rd League Cup
Capital One 2014 winner
The first of many for Manuel Pellegrini

Sunday, March 2, 2014

Kami Histeria!


Gabungan Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin dan Umie Omar sebagai "the Histeria" band sangat best, sehingga bila aku tersedar kecewa yang band ini tak wujud secara realiti.

Jalan cerita yang tak cliche, bukan typical Malay movie, dengan good reviews all over the place termasuk dekat social media, tak ada apa lagi kata yang boleh convince that this movie sangat best. For me, watak yang paling best dalam cerita ini, goes to "Peanut" a.k.a. Nadnad (Nad Zainal).

Dah terlambat rasanya nak ajak semua untuk tengok movie Kami Histeria nie, tapi movie ini sangat worth to watch. Me myself tengok movie nie dua kali dekat wayang.

Bukti aku tengok Kami Histeria dua kali

Yeah, I would understand yang budak2 muda prefer download dekat internet saja, lagi2 movie Melayu, tapi this movie, I tell you, is worth of support. Do subscribe kat Astro First or beli original dvd once dah released nanti, please.

Agak terkejut movie nie tak dapat jumlah kutipan yang banyak berbanding "The Journey" yang memecah rekod RM13 juta kutipan.






Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

1 Mac 2014, tarikh yang bersejarah, apabila Malaysia merasmikan satu lagi mercu tanda negara, iaitu jambatan kedua Pulau Pinang.

Perseketaan politik yang terlibat, aku tak nak cerita.

Tapi, jambatan yang pertama Pulau Pinang dulu pernah memegang rekod jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Yang kedua ini juga mencatat rekod, 14 rekod kalau tak silap. Rekod apa, baca sendiri:

Malaysia Book of Records

Hebat tak?

Akan ada longkang2 di Malaysia yang akan bersuara, kenapa Jambatan Pulau Pinang Jr. ini bengkak bengkuk? Itu kena tanya bijaksana. Aku tak ambil arcitecture dulu.

Solat yang didirikan di atas jambatan ini untuk memohon keberkatan dari Ilahi.

Apa-apa pun, tahniah Malaysia!!

Friday, February 28, 2014

Pasar Malam

Pasar Malam-- LRT Jelatek, KL

Dulu, zaman sekolah, sini tempat paling 'havoc' bagi aku. Setiap minggu, aku akan simpan duit belanja sekolah, sampai hari Jumaat, aku ber'window shopping'-- di pasar malam ini.

Ya, itu waktu zaman aku bersekolah, kira-kira 7 tahun yang lalu.

Habis persekolahan, aku dah tak jejak kaki lagi di sini, dek kerana merantau menyambung pelajaran.

Hari ini, isu barang naik menjadi persoalan, menyinggah di bibir-bibir setiap rakyat Malaysia.  Tapi aku kagum dengan pasar malam di sini.
Harga secawan air-- masih RM1.
Seketul ayam goreng-- sama, RM3.
Apam balik-- RM0.50 satu.

Aku terkejut, jika dibandingkan sewaktu di Arau dan Shah Alam, jauh beza. Harga dia tetap sama seperti waktu aku tinggalkan tempat ini. Siapa cakap KL semua mahal?

Tapi ada satu lagi yang masih sama, ya, tong sampah masih kurang.

Thursday, February 27, 2014

Annoying LED notification

1 thing about phone with LED notification nie, once you tak response to notifications, dia akan non-stop berkelip2.

That thing annoyed me. So, to overcome that feeling of annoyance, kalau aku tengah baring, aku akan letak hp bawah bantal. But, once ada notification masuk, hp vibrates, kepala aku pun akan vibrates. =.="

Wednesday, February 26, 2014

Photographer Ikan Duyung


Underwater photography.

Satu kepakaran yang sangat menarik. Bukan saja perlu pandai ber'photography', tapi kena ada keupayaan untuk menahan nafas sambil mata terbuka dalam air.

Teringin nak ceburi.

Aku?

Berenang pun tak lepas.




Tuesday, February 25, 2014

Tulisan Einstein


Not sure this is fact or not, no wonder orang2 yang pandai, contoh doktor (orang yang paling dekat dengan kita) have very bad handwriting ye dak?

I'm not saying that aku tergolong dalam golongan2 genius, tapi I really have bad handwriting, hodoh sungguh. No matter how many times berlatih menulis, result tetap sama, hodoh sungguh.

And I'm also a bad note taker. Sebab aku rasa benda tu macam aku dah tahu, so aku tak perlu tulis, pastu esoknya lupa, hahahaha... Tapi bila aku tulis, bukan aku refer pun. Kadang2 bila aku ada idea yang banyak, aku decide to make black and white, bila tengah2 tulis tu, idea2 tu hilang. Cess... How I wish, muncul teknologi, yang kita fikir saja, benda tu akan tuliskan untuk kita, seriously.

Konklusinya, tahap ke'genius'an ada kaitan ke idak dengan tulisan, itu aku tak tahu. Dan aku tak setuju yang statement atas dalam gambar tu kata tulisan perempuan buruk.

Monday, February 24, 2014

I'm back

Untuk kali ke-1000 kalinya, I'M BACK people!! Mungkin ada yang pelik, dari mana datang mamat ini? Yes, this blog formerly known as Coretan Ceritera Aku. Lama tak blogging, previous post about 3 years ago!!

Now, with new blog, new approach, new background, this blog need new name, rebranding la orang tua2 kata, nak kasi blog ini rejuvenate sikit. And out of nowhere, I came with Pencoret Ikat Tepi, Coretan Bawah Jambatan.

Hah, bunyi dia macam nama filem David Teoh yang tak laku kan? Ala2 "Jangan Pandang Belakang Congkak", "Semerah Cinta Stilleto", etc. Takpalah, at least tak macam nama sebelum nie yang macam tajuk puisi budak sekolah darjah tiga.

Kali ini, I'll try to work on more lighter story, keep it nice and simple, kurangkan kongsi information2 cliché macam "Cara-cara nak hilangkan ketumbit di hidung dengan 3 kali cucian" etc. This time around, more on me on being myself. Okay?

And yeah, I decided to delete banyak post2 yg sebelum ini, sebab bila dah tua2 nie, baca balik post2 lama, rasa macam tak tahu nak letak muka nie kat mana, malu weyh. And aku ada tinggalkan post sikit2, saja untuk simpanan arkib negara, tapi tak tahu kenapa gambar2 dalam post2 tu hilang. Tapi demi kesejahteraan minda bersama, mohon korang tak baca arkib2 sebelum2 nie ya.

Akhir kata, enjoy membaca post2 mendatang.