Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya! =)

Assalamualaikum dan salam Syawal buat seluruh umat Islam. =)

Rukun Islam keempat sudah selesai ditunaikan,
Anak bulan sudah kelihatan,
Pengistiharan hari Raya telah diumumkan,
Gemaan takbir Raya mula kedengaran.

Selamat Hari Raya Aidilfitri =)
*****

Raihan, Ajai, Rem - Lebaran Ini

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh..

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh.. uh..

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh..

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh.. uh..

"Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan"

Dengan hati yang ikhlas;
saya memohon maaf kepada semua,
atas segala dosa silap dan salah saya,
terkasar bahasa, tersalah gurauan, tersilap langkah
yang telah menguriskan hati saudara/saudari

Salam Aidilfitri =)

Sunday, August 28, 2011

Memohon Maaf yang Betul: Tutorial

Hahaha, tajuk yang minta penyepak saje en?

Al-maklumlah, raya nak tiba, tapi ramai yang masih confuse, bila tarikh yang sebenar raya? 30hb ke 31hb? Jawapan aku? Raya akan confirm jatuh pada......1 Syawal. Betul? haha..

Nanti raya, mesti banyak kita akan dengar "Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin". Sesetengah dari kita tak faham pun apa maksud "maaf zahir dan batin" tersebut. Apa diaorang ingat tu macam slogan ke? "Nike: Just Do It", "Adidas: Nothing is Impossible", kan?

Sebenarnya, ia memohon maaf dari segi zahir, yakni apa yang orang nampak, dan juga batin, apa yang kita tak nampak depan mata kita, seperti dosa mengumpat, mengutuk dari belakang, hasrat dengki etc.

Kenapa time raya sahaja kita nak minta maaf?

Bukan! Bukan time raya sahaja kita dituntut untuk memohon maaf, hari bukan raya pun kita dituntut untuk memohon maaf. Dalam Islam pun ada kempen tau, ingat sekolah sahaja ke ada kempen? Kita tengok, bulan Ramadhan bulan penuh dengan segala macam ibadah, mohon maaf dari Allah, sudah selesai mohon keberkatan dari Allah, bulan Syawal kita mohon maaf sesama manusialahkan.


Rasulullah bersabda: "Kezaliman itu terbahagi kepada tiga; Pertama, kezaliman yang tidak diampunkan Allah. Kedua, kezaliman yang diampunkan Allah dan ketiga, kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik, kezaliman yang diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas diri nya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dahulu" (Anas bin Malik)


Seperti mana kita tahu, Allah tidak akan mengampunkan dosa manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dahulu. Kalau dosa mencuri atau menghilangkan barang, harus menggantikannya atau meminta halal, selain dari itu, harus meminta maaf.

Memohon maaf antara manusia amalan mulia =)
Menurut ustaz saya, cara memohon maaf yang betul adalah, lafaz niat "Saya minta/mohon maaf" dengan niat hati yang ikhlas. Kemudian sebutkan dosa-dosa yang kita pernah buat dengan orang tersebut, contohnya "saya pernah mengutuk/memfitnah kamu" dan berazam tidak mengulanginya lagi. Saya tidak tahu kesahihan ini, betulkan sekiranya saya salah, Allahualam...

Saturday, August 27, 2011

Demam Raya

Amaran:
Post ini berlaku 6 hari yang lepas.
 __________________________________________________________

Suatu petang.

Aku sedang berjalan-jalan di tengah-tengah bandar Shah Alam, area-area PKNS. Perggh~ aku cakap memang jam gila jalan time tu. Lepas parking, aku terus masuk bangunan PKNS tersebut. Ramai gila orang! Lagi teruk jam dalam bangunan daripada kat atas jalan tadi, yang tak asma pun boleh jadi asma ni, sesak nafas, pack gila orang, tak bergerak, nak main "ketingting" pun tak boleh. Aku pelik, Faizal Tahir datang ke apa ramai sangat orang ni???

Berbekalkan hati yang tabah dan akal yang sangat curious apa yang terjadi, aku tetap nak masuk juga PKNS tu. Selepas 20 minit jalan terkedek-kedek nak masuk bangunan, boleh keguguran, mandul 7 keturunan nie. Aku terdengar suara-suara sayup memanggil, "hah bang, baju kurung sepasang RM150 jea bang", "mai-mai, butang baju melayu 3 rm20!!" Lelong sini sana dimana-mana.

Hatiku berbisik, "Ish diaorang nie, puasa tak habis lagi, da banyak promosi raya"

*****

Selepas pulang, aku terpingga-pingga, apa yang telah terjadi, aku confuse

"tektot! tektot!" handphoneku berbunyi, menandakan ada message masuk. Message itu dari service provider menawarkan tawaran caller ringtone raya percuma. "Hai, handphone nie pun tak sabar nak raya ke?" Kemudian aku terpandang tarikh pada handphone aku, "Ya Allah", lagi beberapa hari lagi nak raya, aku baru perasan, aku tak sedar Ramadhan kian hampir ke penghujungnya!

gambar hiasan


Begitu pantas masa berlalukan? Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin in advance ye? =)


Raya = petanda kelas hampir dibuka =)

Sunday, August 21, 2011

Selamat Bersahur! =)

Rise & Shine!! Don't forget to bersahur =)

Sabda Rasulullah SAW: "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan"
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Jangan pula tak sahur ya ^.~v

Sabda Rasulullah SAW: "Beza antara puasa kita puasa kita dan ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur"
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

*******************************

Di suatu pagi yg buta (sahur daaa)...
Mak : Alim bangun lim..makan sahur nie...
Alim : Masih menarik selimut & bertanye pada mak nye..''MAK BUAT HO..HO...HORLICK ERK ???..''
Mak : HO...HO...HOTAK engkau...bangun cepatttt..!!!!..
(hahahahaha , rofl a.k.a gelak guling-guling)

*******************************

btw,

The Band Perry - If I die Young (covered by Ainan Tasneem) 
*best kan lagu nie??

Friday, August 19, 2011

Etika Bekerja: versi Aduhai Sedihnya..

"~Ting tong~" pintu rumahku diketuk (heh, ketuk pintu bunyi ting tong?)

"Adik, bukak gate nie" teriak seorang pakcik dari luar gate rumah aku, muke ala-ala Shah Rukh Khan bulu hidung tak potong, kulit cerah sikit.

"huh?" kata hatiku, tibe-tibe aku teringat pesanan mamaku.

(15 minit sebelum)

"kring~ kring~ Hello ajo, sat lagi ade orang datang nak betulkan telefon. Ingat, kalau dier kate nak masuk, jangan kasi, cakap dengan dier wayar telefon yang rosak tu kat luar belakang, soh dia pusing belakang rumah. Ingat, jangan pandang belakang (oke, ini aku tambah sendiri)"

"Kenapa pakcik? Pakcik datang nak betulkan telefonkan? Wayar telefon yang rosak tu kat belakang rumah, pakcik pusing pergi belakang rumah" balasku kepada pakcik tersebut.

"Ala, awak bukak ajela gate nie, saya nak check port telefon tu" nada pakcik tersebut sedikit meninggi.

"Owh, wayar kat belakang rumah tu da betulkan ke pakcik??" balas aku sekali lagi.

"Wayar kat belakang tu saya tak boleh betulkan, tu bukan specialize saya, saya nak masuk, saya nak check telefon tu rosak kat port dier ke ape. Nanti saya bawakan ade specialize team datang betulkan wayar belakang tu. Awak taknak bukak gate nie takpe, saya tak betulkan telefon tu, tapi awak jangan pulak complain nanti kitorang tak jalankan tugas." balas pakcik tu kasar.

"Ish! Pakcik nie, aku lempang 16 kali jugak kang" aku bermonolog dalaman. Aku pun bukakan gate tersebut membenarkan pakcik tu masuk. Teringat kepada pesanan mama aku, aku mengawasi dia dari dekat, sangat-sangat dekat. Kalau boleh, hidung nie bole sampai sentuh bahu dia tu. (itu metafora yang melampau)

"Habis tu pakcik, specialize team tu bila dorang nak datang?" balas aku semasa dia tengah check port telefon.

"Ish, manalah saya tahu, saya bukan specialize team tu." balas dia memang mengharapkan kakiku di muka dia, nasib bulan Ramadhan jea.

Selepas dia habis check port telefon tersebut, dia terus belah. Adui, sedihnya orang macam nie.

********************************************************************************

Hah! Itulah sebenarnya satu situasi yang aku sendiri pernah lalui, sedih aku weyh, malu. Ini bukan satu jea situasi yang pernah aku lalui, hari itu, kat satu restoran nie, ade foreigner tgh order, sekali supervisor dier datang maki hamun cashier tu depan customer, foreigner tu da tercenggang seribu bahasa (sebab dier tak faham bahasa melayu, sebab tu dier tercenggang, hahaha) Cuba bayangkan apa yang orang yang berbeza negara tengok orang yang perangai macam tu? Malu weyh! Cubalah beretika, sopan sikit, kan sedap hati sikit nak berurusan kan, customer pun tak lari.


"Der, wa kije mekanik jea, kalau nak beretika, wa takdelah kije mekanik nie, wa tak sekolah tinggi"

Memanglah derr, tapikan, ustaz saya dulu pernah cakap, "Kemana sahaja kita pergi, kita akan bawa 5 benda bersama kita ke mana sahaja kita pergi, agama, negara, bangsa, ibu bapa dan barulah nama kita sendiri". Faham? Oke, kalau tak faham, let me explain. Ke mana sahaja kira pergi, kita akan membawa nama kelima-lima benda yang disebut ustaz saya. Yang pertama orang akan tengok pada agama dia, YA, YANG PERTAMA ADALAH AGAMA. Tak percaya? Kita lihat di Amerika Syarikat, bila penjenayah dorang wat jenayah, bila penjenayah itu beragama Islam, mereka terus labelkan sebagai "terrorist", tapi kalau agama lain, bom kamikaze camna pun, rompak gerai goreng pisang ke, mereka dianggap penjenayah biasa, diskriminasikan?

Kemudian, nama negara, contohnya, bila orang luar negara datang, bila seorang wat slek, contohnya tak beretika semasa serve customer, foreigner nie takkan cakap mamat tu tak bertamadun, dia akan cakap "Malaysia tak bagus~~" (dalam slang iklan kopi) . Next, nama bangsa, contohnya, bila Melayu bawak motor, mesti orang akan cakap, "ish mat rempit tu, tak ingat mati ke?" bangsa lain bawak macam ape pun, takde pun cakap dorang tu mat rempit ke, ah chai rempit ke, kan? Keempat, nama ibu bapa, "kenapa nama ibu bapa bro?" hah, sebab lihat situasi nie:

"Abahnya, tahu tak, semalam rumah kak Tipah sebelah lombong tu, kena masuk pencuri, habis semua kasut hilang bang. Ni mesti kerja anak si Leha tu, dia tu tak reti jaga anak, nakal". Hah sudah, anak nakal, ketepek maknya yang dapat nama buruk, tersedak-sedak mak dia kat rumah tu. Last sekali baru nama kita sendiri, tu pun jarang-jarang.


Jadi ingatlah, beretikalah kemana sahaja kita pergi, sebab kesan dia bukan datang kepada kita sahaja, malah orang sekeliling yang tak bersalah pun kita pun akan dapat nama buruknya sekali.

Renung-renungkan, dan selamat beramal, majulah sukan untuk negara =)

Bazaar Ramadhan = Boros?

Bazaar Ramadhan atau pasar juadah, adalah satu pasar yang sangat terkenal pada waktu bulan Ramadhan. Saya kurang berminat menggunakan perkataan "Bazaar Ramadhan" kerana bulan Ramadhan dikaitkan dengan bulan penuh kemuliaan, bulan penuh keberkatan, bulan yang seharusnya kita memperbanyakkan amal ibadah, bukannya boros membeli belah untuk juadah berbuka secara berlebihan.

Boros secara berlebihan? Salah siapa? Salah diri sendiri? Salah kerajaan kurang berkempen? Salah nafsu? Salah syaitan menghasut? "setan kene ikat kat neraka la derr..." atau salah ibu mengandung? (=.=")

errr... oke, back to topic. Sebenarnye, kenapa ramai orang suka pergi pasar juadah tersebut? Sebab kebuluran & kelaparan sebab ke-puasan-an-kah? Sebab nak joging petang2 sambil beriadah berjalan sepanjang pasar juadah itu-kah? "kate nak sihatkan badan" atau sebab nak ushar awek-awek membeli belah?

Oh! tidak sama sekali, (ade betul sikit2 la... errr.. banyak,, sikit.. oke, banyak) Sebenarnya hati manusia telah pun dilatih oleh hasutan-hasutan syaitan sepanjang keberadaan mereka di atas muka bumi ini. Kita tengok, sebelum hadirnya bulan ramadhan, pasar-pasar seperti pasar malam, pasar tani, dipenuhi oleh orang ramai, "mestilah orang, takkan unta kowt en" sedangkan kita tahu bahawasanya pasar merupakan salah satu tempat syaitan-syaitan berkumpul.


Dari Abu Umamah, berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan-syaitan itu pergi ke pasar-pasar dengan membawa benderanya. Mereka masuk ke pasar bersamaan dengan orang yang pertama masuk ke pasar dan keluar dari pasar bersama orang terakhir keluar dari pasar" (HR Thabarani)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar"


"habis, mak aku nak beli barang basah katne, online market ke? mudah.com?" haha, pale otak kau. (lempang mamat tadi tu 16 kali) takdelah, bukanlah kita tidak dibenarkan masuk ke pasar, tapi kalau boleh, kurangkanlah, lepak kat shopping mall tu, xde paedah nye, shopping mall pun dikira pasar moden tahu anak2? (eh, bler mase aku jadi ustaz nie? kene tangkap JAIS sbb jd ustaz tak bertauliah, xpasal2 aku xsempat raya, huhuhu)

okeyh! mr.pencoret, sila straight foward ape yang kamu nak sampaikan. Sebenarnya, pasar juadah adalah satu tarikan komersial kan? Ramai orang datang ke pasar juadah sebab banyak pilihan & mereka sudah jemu dengan nasi goreng kat kedai makan. They are looking for something which offers variety of foods. Tak ditolak, aku jugak tertarik untuk datang ke pasar juadah sebab banyak interesting foods to choose from. So, apa cadangan aku is, kita tak perlu tunggu bulan Ramadhan baru kita nak buka pasar juadah, kita bukakan satu tapak, yang easy to access, jual juadah2 makanan yang variety, best, sedap2 macam kat pasar juadah tu, barulah tak nampak sangat seperti masyarakat kita nie macam boros pada bulan Ramadhan. "Habis, pasar malam tu macam maner bro?" Pasar malam, pasar malam la der. Pasar malam tu ada kat setiap kawasan perumahan, jual barang basah, pasar yang aku cadangkan ni, adalah pasar tetap yang hanya limited pada tempat-tempat tertentu jea, macam Petaling Street, pasar jugak tu, tapi pasar malam hidup jea lagi.. haha..

everyone have their own perceptions and thoughts. well, these are mine. ^^

 Suasana di Pasar Juadah

Juadah yang disediakan
Apa pandang-pandang bro? haha peace ~.^v

enteprem plak dier, lempang 16 kali kang =.="

Thursday, August 18, 2011

its been a while since...

"Hafiz, X-ray medical check-up bawak? Beg baju maner? cukup tak baju bawak tu? Nak duduk situ 3 tahun tau.. Surat tawaran bawak tak? Kang lupa nie, jenuh nak patah balik." suara mama saya dok membebel sorang2 pada hari itu. Time tu riuh, mama tengah membebel, berlari ke hulu ke hilir, adik perempuan tolong angkat beg, adik laki wat muke innocence sambil main psp dier, ayah tengah tunggu dekat pagar luar, sambil hisap rokok. Situasi itu masih terngiang dalam pale otak aku sampai sekarang. Rasakan seperti situasi tu baru berlaku SEMALAM. Itu adalah satu situasi semasa aku tengah bersiap sebelum bertolak ke UiTM Arau dari rumah aku kat KL nie. Parent aku sanggup cuti seminggu semata2 nak siapkan aku untuk daftarkan aku kat universiti, maklumlah, aku anak sulung dari tiga adik beradik, anak yang pertama masuk ke universiti dikalangan family aku, sepupu sepapat aku.

Aku dapat tawaran Diploma in Science Computer. Habis satu kampung family aku bagitahu aku dapat tawaran masuk universiti, tapi takpelah, melihat riak wajah parent aku khobarkan berita nie kat satu kampung, buatkan hati aku terharu, masih terlakar & melekat imej & moment tu terpahat dalam benak fikiran aku sampai sekarang. =') 

gambar hiasan
Hari ke hari sudah berlalu, kini aku bakal bergelar mahasiswa Bachelor of Science (Hons) Information System Engineering, tahun akhir. Ya, TAHUN AKHIR Begitu cepat masa sudah berlalukan? Macam tak percaya, aku bakal graduate tak lama lagi, akan menjalani hidup aku sendiri, menepuh onak duri, cabaran dan dugaan kehidupan sebagai salah seorang anggota masyarakat. Sedar tak sedar, aku baru sedar, da tua dah aku nie. 

Sekadar perkongsian hidup aku... =)

Saturday, August 13, 2011

Gadis Gitar II (Ainan Tasneem) - Speechless =)

Sedang nama Najwa Latif meningkat naik, ramai sudah gadis2 bergitar (huh?) diluar sana mula menunjukkan bakat mereka dalam cover lagu. Selepas Najwa Latif dengan lagu hitz lagu single original dia, "Cinta Muka Buku", kini gadis gitar, Ainan Tasneem pula muncul dengan single original dia, "Aku Suka Dia"..

Overall rating for this song - Speechless =)

Ainan Tasneem - Aku Suka Dia (original)

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia...

"Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu"

Youtube: Vlogging & Shorcut kepada Populariti

ppada suatu ketika dahulu, Youtube digunakan sebagai laman web hiburan dan medium informasi maklumat yang disampaikan melalui media video.. Tapi wa berani jamin la en, daripada 16 ratus ribu rakyat malaysia, tak sampai 300 orang pun yang belajar pakai youtube tu~ semua nye hiburan duniawi semata-mata jea, tgk video klip korea la, tgk drama la, raja lawak la, ape la,, video2 publisiti murahan pun ade, hahaha (wat malu kaum jea =.=")

tapi, DID YOU KNOW THAT, semenjak kebelakangan nie, seiring dengan era kemajuan teknologi dunia sekarang, video digunakan sebagai platform kebanyakan orang diluar sana untuk menunjukkan bakat terpendam dorang, kebanyakkan nye bakat nyanyi la, cover sini cover sana... dalam banyak2 tu, tak terlepas juga rakyat Malaysia.. Yuna Oh! bulan~, Ana Raffali (anadcat), dan banyak lagi gadis2 gitar diluar sana sudah pun menjadi artis selebriti terkenal di Malaysia.. ada juga yang sedang bergiat naik macam Najwa Latif (najwa595)!!! woot2.!!!!!!

Gadis Gitar: Najwa Latif
VLOGGING
"Eyh, tibe2 cite pasal vlogging, ape ke bende pencoret nie? Lempang 16 ratus kali baru tau.." "gler nye pencoret, da la typo, orang 'blogging', dier 'vlogging' "

Hah! Korang tau x ape bende tu vlogging?? "~erkkkk, vlongging tu sejenis murtabak yang diisi dengan sardin, pastu makan cicah dengan kuah sambal nenas campur air yogurt dutch lady yang dijual kat pasar Ramadhan,, (kriuk~, kriuk~) perut sudah berbunyi, fuh! Lapar, puasa"  Lempang jea mamat cmni, *sigh* =.="

So, apa itu Vlogging sebenarnya?? Menurut pendifinisian kamus dewan bahasa internet dan pustaka Wikipedia, Vlogging adalah "video filming to express something" atau erti kata lain nya, blogging menggunakan video. Selalu nya mereka menggunakan Youtube.com sebagai platform untuk mereka upload blog2 mereka yang menggunakan video tersebut (sebab dia free la kan... kalau kena bayo, takde nye dorang gatal2 nak blog2 pakai video nie, blogging kat blogge.com suda~). Antara selebriti yang sudah famous adalah RayWilliamJohnson, sangat menarik bler dia review banyak2 video amateur yang diupload di Youtube.com. Rakyat tempatan pun ada weyh~ matluthfi90, IniAnwarHad, shortnap ini adalah nama2 yang sudah familiar dengan orang Malaysia yang berminat mencari entertainment di Youtube.com.

one of the best Matluthfi90's video blog

"Be positive, be supportive =) "

Friday, August 12, 2011

gadis, puasa & tudung =)

jejaka: Awak puasa ?
gadis: Yela .. jejaka: Kenapa awak puasa?
gadis: Bodohnya awak.. kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
jejaka: Kenapa tak tutup aurat?
gadis: Eh, suka hati saya la.. hak masing2..
jejaka: Owh.. tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat???

** gadis bertudung itu sgt comel =)

Sekadar Hiasan

Wednesday, August 10, 2011

Plastic = Sampah

To: My Dearest Loyal Silent Readers,

Mesti korang wondering kan, ada satu masa dulu, aku sangat tertekan dengan hidup aku dek kerana kejengkelan seseorang ini sehingga kadang-kadang menyebabkan aku rasa nak makan tombol pintu cicah kari kepala kuda sebab tak tahan hidup nak bunuh diri. *sigh* OWKEYH! enough, DOUBLE ENOUGH.. Betullah prinsip hidup aku, "we learn through experiences, manusia adalah sama, usia hanyalah nombor, pengalaman yang membeza". As walked through my life, aku banyak belajar dari surrounding aku, semakin lama, semakin aku tenang sebab aku sudah boleh menghadapi kebanyakan ujian, termasuklah ujian manusia yang inginkan perhatian dari semua orang sehingga tergamak memfitnah seseorang tu semata-mata nak menjatuhkan seseorang tu.

dan SATU LAGI!! berpeganglah dan percayalah kepada Tuhan yang satu, ALLAH.. Percayalah, sekiranya anda merasakan diri anda teraniaya, jika anda berada di pihak yang betul tapi orang disekeliling anda menidakkannya, berdoalah kepada Allah, Allah takkan tunjukkan instant macam McDonald (sebab McD bila kita order terus dapat), tapi satu hari nanti, Allah akan tunjukkan juga..

Kebelakang nie, Allah da banyak dah tunjuk kebenaran tentang diri sebenar orang yang menganaiya aku selama nie, bukan pada semua orang, tapi sesetengah orang pun aku berasa bersyukur. Ramai sudah tak percaya kat dia lagi dah & sekarang aku mula dapat kepercayaan daripada orang-orang sekeliling aku balik, yahoooo!!!!!!!!!!!!  (weyh Syed, jangan nak riak sangat, tampaq sat lagi)

Sekadar renungan, tak perlulah kowt kalau kita terpaksa tipu diri kite sehingga menjadi seseorang yang bukan diri kita semata-mata nak carik perhatian dari semua orang. Tak dapat amende nye kalau kau rase semua orang puji kau, kau leh rase kau da macam Obama sebab kau faymes, tak dapat la derr.. Just be ourself, It much more tenang and happy, Smile =)


""Plastik", Sampah paling banyak diatas bumi ini"


p/s: Happy birthday to Afie Domo!  (10/8/2011) sehari selepas birthday si dia <3 (Dia yang request =.=", dua posen tau afie, aku tolong iklankan..)

Monday, August 8, 2011

I'm BACK..!!

After beberapa bulan tak update blog, labah2 da wat umah banglo tiga tingkat da nie, bersawang2, berdebu, semua ada, kucing depan umah aku nie pun da beranak pinak da kowt rase nya, hahaha... Al maklum la, terbusy kebelakangan nie, memang, kalau nak bandingkan, George Bush tu dengan aku, aku lagi busy kowt, sebab George Bush sekarang besarkan perut jea kat rumah sambil RTM (Rehat Tunggu Mati) jea, hahahahaha!

Kali nie aku kembali dengan lebih simple, lebih bersahaja, untuk meluahkan pendapat & hasrat hati yang terpendam jauh terpelusuk hati aku, hehehe..

Untuk entry kali nie aku nak share satu lagu untuk kita semua, down to earth. =)


"Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
"