Amaran:
Post ini berlaku 6 hari yang lepas.
__________________________________________________________
Suatu petang.
Aku sedang berjalan-jalan di tengah-tengah bandar Shah Alam, area-area PKNS. Perggh~ aku cakap memang jam gila jalan time tu. Lepas parking, aku terus masuk bangunan PKNS tersebut. Ramai gila orang! Lagi teruk jam dalam bangunan daripada kat atas jalan tadi, yang tak asma pun boleh jadi asma ni, sesak nafas, pack gila orang, tak bergerak, nak main "ketingting" pun tak boleh. Aku pelik, Faizal Tahir datang ke apa ramai sangat orang ni???
Berbekalkan hati yang tabah dan akal yang sangat curious apa yang terjadi, aku tetap nak masuk juga PKNS tu. Selepas 20 minit jalan terkedek-kedek nak masuk bangunan, boleh keguguran, mandul 7 keturunan nie. Aku terdengar suara-suara sayup memanggil, "hah bang, baju kurung sepasang RM150 jea bang", "mai-mai, butang baju melayu 3 rm20!!" Lelong sini sana dimana-mana.
Hatiku berbisik, "Ish diaorang nie, puasa tak habis lagi, da banyak promosi raya"
*****
Selepas pulang, aku terpingga-pingga, apa yang telah terjadi, aku confuse!
"tektot! tektot!" handphoneku berbunyi, menandakan ada message masuk. Message itu dari service provider menawarkan tawaran caller ringtone raya percuma. "Hai, handphone nie pun tak sabar nak raya ke?" Kemudian aku terpandang tarikh pada handphone aku, "Ya Allah", lagi beberapa hari lagi nak raya, aku baru perasan, aku tak sedar Ramadhan kian hampir ke penghujungnya!
gambar hiasan |
Begitu pantas masa berlalukan? Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin in advance ye? =)
Raya = petanda kelas hampir dibuka =)
No comments:
Post a Comment