Hahaha, tajuk yang minta penyepak saje en?
Al-maklumlah, raya nak tiba, tapi ramai yang masih confuse, bila tarikh yang sebenar raya? 30hb ke 31hb? Jawapan aku? Raya akan confirm jatuh pada......1 Syawal. Betul? haha..
Nanti raya, mesti banyak kita akan dengar "Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin". Sesetengah dari kita tak faham pun apa maksud "maaf zahir dan batin" tersebut. Apa diaorang ingat tu macam slogan ke? "Nike: Just Do It", "Adidas: Nothing is Impossible", kan?
Sebenarnya, ia memohon maaf dari segi zahir, yakni apa yang orang nampak, dan juga batin, apa yang kita tak nampak depan mata kita, seperti dosa mengumpat, mengutuk dari belakang, hasrat dengki etc.
Kenapa time raya sahaja kita nak minta maaf?
Bukan! Bukan time raya sahaja kita dituntut untuk memohon maaf, hari bukan raya pun kita dituntut untuk memohon maaf. Dalam Islam pun ada kempen tau, ingat sekolah sahaja ke ada kempen? Kita tengok, bulan Ramadhan bulan penuh dengan segala macam ibadah, mohon maaf dari Allah, sudah selesai mohon keberkatan dari Allah, bulan Syawal kita mohon maaf sesama manusialahkan.
Rasulullah bersabda: "Kezaliman itu terbahagi kepada tiga; Pertama, kezaliman yang tidak diampunkan Allah. Kedua, kezaliman yang diampunkan Allah dan ketiga, kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik, kezaliman yang diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas diri nya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dahulu" (Anas bin Malik)
Seperti mana kita tahu, Allah tidak akan mengampunkan dosa manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dahulu. Kalau dosa mencuri atau menghilangkan barang, harus menggantikannya atau meminta halal, selain dari itu, harus meminta maaf.
Memohon maaf antara manusia amalan mulia =) |
Menurut ustaz saya, cara memohon maaf yang betul adalah, lafaz niat "Saya minta/mohon maaf" dengan niat hati yang ikhlas. Kemudian sebutkan dosa-dosa yang kita pernah buat dengan orang tersebut, contohnya "saya pernah mengutuk/memfitnah kamu" dan berazam tidak mengulanginya lagi. Saya tidak tahu kesahihan ini, betulkan sekiranya saya salah, Allahualam...
No comments:
Post a Comment