Friday, August 19, 2011

Etika Bekerja: versi Aduhai Sedihnya..

"~Ting tong~" pintu rumahku diketuk (heh, ketuk pintu bunyi ting tong?)

"Adik, bukak gate nie" teriak seorang pakcik dari luar gate rumah aku, muke ala-ala Shah Rukh Khan bulu hidung tak potong, kulit cerah sikit.

"huh?" kata hatiku, tibe-tibe aku teringat pesanan mamaku.

(15 minit sebelum)

"kring~ kring~ Hello ajo, sat lagi ade orang datang nak betulkan telefon. Ingat, kalau dier kate nak masuk, jangan kasi, cakap dengan dier wayar telefon yang rosak tu kat luar belakang, soh dia pusing belakang rumah. Ingat, jangan pandang belakang (oke, ini aku tambah sendiri)"

"Kenapa pakcik? Pakcik datang nak betulkan telefonkan? Wayar telefon yang rosak tu kat belakang rumah, pakcik pusing pergi belakang rumah" balasku kepada pakcik tersebut.

"Ala, awak bukak ajela gate nie, saya nak check port telefon tu" nada pakcik tersebut sedikit meninggi.

"Owh, wayar kat belakang rumah tu da betulkan ke pakcik??" balas aku sekali lagi.

"Wayar kat belakang tu saya tak boleh betulkan, tu bukan specialize saya, saya nak masuk, saya nak check telefon tu rosak kat port dier ke ape. Nanti saya bawakan ade specialize team datang betulkan wayar belakang tu. Awak taknak bukak gate nie takpe, saya tak betulkan telefon tu, tapi awak jangan pulak complain nanti kitorang tak jalankan tugas." balas pakcik tu kasar.

"Ish! Pakcik nie, aku lempang 16 kali jugak kang" aku bermonolog dalaman. Aku pun bukakan gate tersebut membenarkan pakcik tu masuk. Teringat kepada pesanan mama aku, aku mengawasi dia dari dekat, sangat-sangat dekat. Kalau boleh, hidung nie bole sampai sentuh bahu dia tu. (itu metafora yang melampau)

"Habis tu pakcik, specialize team tu bila dorang nak datang?" balas aku semasa dia tengah check port telefon.

"Ish, manalah saya tahu, saya bukan specialize team tu." balas dia memang mengharapkan kakiku di muka dia, nasib bulan Ramadhan jea.

Selepas dia habis check port telefon tersebut, dia terus belah. Adui, sedihnya orang macam nie.

********************************************************************************

Hah! Itulah sebenarnya satu situasi yang aku sendiri pernah lalui, sedih aku weyh, malu. Ini bukan satu jea situasi yang pernah aku lalui, hari itu, kat satu restoran nie, ade foreigner tgh order, sekali supervisor dier datang maki hamun cashier tu depan customer, foreigner tu da tercenggang seribu bahasa (sebab dier tak faham bahasa melayu, sebab tu dier tercenggang, hahaha) Cuba bayangkan apa yang orang yang berbeza negara tengok orang yang perangai macam tu? Malu weyh! Cubalah beretika, sopan sikit, kan sedap hati sikit nak berurusan kan, customer pun tak lari.


"Der, wa kije mekanik jea, kalau nak beretika, wa takdelah kije mekanik nie, wa tak sekolah tinggi"

Memanglah derr, tapikan, ustaz saya dulu pernah cakap, "Kemana sahaja kita pergi, kita akan bawa 5 benda bersama kita ke mana sahaja kita pergi, agama, negara, bangsa, ibu bapa dan barulah nama kita sendiri". Faham? Oke, kalau tak faham, let me explain. Ke mana sahaja kira pergi, kita akan membawa nama kelima-lima benda yang disebut ustaz saya. Yang pertama orang akan tengok pada agama dia, YA, YANG PERTAMA ADALAH AGAMA. Tak percaya? Kita lihat di Amerika Syarikat, bila penjenayah dorang wat jenayah, bila penjenayah itu beragama Islam, mereka terus labelkan sebagai "terrorist", tapi kalau agama lain, bom kamikaze camna pun, rompak gerai goreng pisang ke, mereka dianggap penjenayah biasa, diskriminasikan?

Kemudian, nama negara, contohnya, bila orang luar negara datang, bila seorang wat slek, contohnya tak beretika semasa serve customer, foreigner nie takkan cakap mamat tu tak bertamadun, dia akan cakap "Malaysia tak bagus~~" (dalam slang iklan kopi) . Next, nama bangsa, contohnya, bila Melayu bawak motor, mesti orang akan cakap, "ish mat rempit tu, tak ingat mati ke?" bangsa lain bawak macam ape pun, takde pun cakap dorang tu mat rempit ke, ah chai rempit ke, kan? Keempat, nama ibu bapa, "kenapa nama ibu bapa bro?" hah, sebab lihat situasi nie:

"Abahnya, tahu tak, semalam rumah kak Tipah sebelah lombong tu, kena masuk pencuri, habis semua kasut hilang bang. Ni mesti kerja anak si Leha tu, dia tu tak reti jaga anak, nakal". Hah sudah, anak nakal, ketepek maknya yang dapat nama buruk, tersedak-sedak mak dia kat rumah tu. Last sekali baru nama kita sendiri, tu pun jarang-jarang.


Jadi ingatlah, beretikalah kemana sahaja kita pergi, sebab kesan dia bukan datang kepada kita sahaja, malah orang sekeliling yang tak bersalah pun kita pun akan dapat nama buruknya sekali.

Renung-renungkan, dan selamat beramal, majulah sukan untuk negara =)

No comments:

Post a Comment