"Hafiz, X-ray medical check-up bawak? Beg baju maner? cukup tak baju bawak tu? Nak duduk situ 3 tahun tau.. Surat tawaran bawak tak? Kang lupa nie, jenuh nak patah balik." suara mama saya dok membebel sorang2 pada hari itu. Time tu riuh, mama tengah membebel, berlari ke hulu ke hilir, adik perempuan tolong angkat beg, adik laki wat muke innocence sambil main psp dier, ayah tengah tunggu dekat pagar luar, sambil hisap rokok. Situasi itu masih terngiang dalam pale otak aku sampai sekarang. Rasakan seperti situasi tu baru berlaku SEMALAM. Itu adalah satu situasi semasa aku tengah bersiap sebelum bertolak ke UiTM Arau dari rumah aku kat KL nie. Parent aku sanggup cuti seminggu semata2 nak siapkan aku untuk daftarkan aku kat universiti, maklumlah, aku anak sulung dari tiga adik beradik, anak yang pertama masuk ke universiti dikalangan family aku, sepupu sepapat aku.
Aku dapat tawaran Diploma in Science Computer. Habis satu kampung family aku bagitahu aku dapat tawaran masuk universiti, tapi takpelah, melihat riak wajah parent aku khobarkan berita nie kat satu kampung, buatkan hati aku terharu, masih terlakar & melekat imej & moment tu terpahat dalam benak fikiran aku sampai sekarang. =')
gambar hiasan |
Hari ke hari sudah berlalu, kini aku bakal bergelar mahasiswa Bachelor of Science (Hons) Information System Engineering, tahun akhir. Ya, TAHUN AKHIR Begitu cepat masa sudah berlalukan? Macam tak percaya, aku bakal graduate tak lama lagi, akan menjalani hidup aku sendiri, menepuh onak duri, cabaran dan dugaan kehidupan sebagai salah seorang anggota masyarakat. Sedar tak sedar, aku baru sedar, da tua dah aku nie.
Sekadar perkongsian hidup aku... =)
No comments:
Post a Comment